Sunday, December 15, 2013

Jangan Biarkan Aku Sendiri 6






Kelihatan Saiful Naim sedang bersandar pada keretanya. Dengan bergaya, dilemparkan senyuman yang sangat manis buat Tasya yang sedang berjalan ke keretanya.

"Saya ingatkan tadi Dennis Oh yang datang jemput. Rupa-rupanya awak yang datang. Awak buat apa dekat rumah saya pagi-pagi buta ni? Matahari pun belum naik awak sudah siap terpacak macam tugu negara dekat depan rumah saya. Saya lapar. Tak sempat nak telan secebis pun mama sudah suruh saya naik bilik pergi bersiap. Eh, tapi kenapa mama saya senyum punya lebar? Awak je yang datangkan!? Bukan Dennis Oh, Yoseob, Mir, erm...yang Malaysia, Rozita Che Wan, Izzue Islam....."

"Waalaikumsalam cik Iylia. Amboi dia, datang terus bercakap tak henti-henti. Awak tak penat ke? Sudahlah laju awak cakap. Dennis Oh tu siapa? Yoseob tu siapa pula? Mir saya kenallah. Diakan pekerja Bangla yang suka buang sampah dekat pejabat tu." Cepat-cepat Saiful Naim memotong percakapan Tasya.

Tergelak besar Tasya dibuatnya. 'Ada ke dia cakap Mir yang kacak dari kumpulan Mblaq tu Mir yang kerja dekat pejabat tu.'

"Encik, Mir tu, bukan Mir yang kerja dekat pejabat tulah. Mir yang saya cakap tadi tu artis. Dari kumpulan Mblaq."

"Ini mesti Korea ni? Habis Dennis Oh tu siapa pula? Ada juga nama Oh untuk nama orang? Kelakar tahu. Tak pernah dibuat orang nama ada perkataan Oh."

Terus berubah muka, berasap telingan mendengar kutukan daripada Saiful Naim. Memang pantang tujuh keturunan jika ada orang yang berani mengutuk Dennis Oh di hadapannya. "Encik Saiful Naim, untuk pengetahuan encik, nama sebenarnya Dennis Joseph O'Neil. Panjangkan?! Nama yang dia guna, Dennis Oh. Encik jangan berani kutuk my Dennis Oh lagi. This is my last warning." Dengan muka yang garang Tasya berbicara.

"Huwoo, marahnya awak. Kenapa nak marah-marah sangat di pagi hari ni?"

"Mestilah saya marah. Dennis Oh tu tunang saya. Siapa tak marah kalau tunang yang dia sayang gila dikutuk orang!?" Terus berubah muka Saiful Naim.

Dia dah bertunang? Kenapa aku tak pernah tahu pun? Mama dia pun bagi je aku keluar dengan anak dia ni. Eh, kenapa dengan aku ni? Biarlah dekat dia. Yang aku hendak kisah sangat kenapa? Tapi kenapa aku rasa sakit hati?

Dah kenapa pula dia ni tiba-tiba diam seribu bahasa? "Encik!"

"Asal? Saya belum pekak lagi yang awak nak jerit-jerit ni. Masuk!" Tersentak Tasya suara Saiful Naim yang tujuh puluh kali ganda kuatnya. Dia ni tiba-tiba marah-marah aku. Lempang kang, senget bibir. Masa tu, tunang kau si Jun, Ogos, September semua tidak akan pandang kau. Dibuka pintu kereta Saiful Naim dengan kasar dan ditutup pun sacara kasar.





















Suasana diam sejak kejadian Saiful Naim meninggikan suara. Saiful Naim hanya memerhatikan sahaja Tasya menyedut jus orennya. Bukan Saiful Naim tidak tahu yang Tasya merajuk dengannya. Aku pun satu. Kenapa nak marah tak tentu pasal ni?

"Tasya, betul ke awal tak nak makan? Tadi dekat rumah awak, awak cakap tak makan apa-apa lagikan? Nanti awak sakit."

Ish, kalau aku sakit pun kau kisah apa?

"Saya kisah kalau awak sakit."

Erk? Dia dengar? "Encik, sebenarnya encik bawa saya keluar pagi-pagi ni kenapa?"

"Raihana nak berjumpa dengan awak. Katanya ada masalah."

"Raihana? Bila dia balik dari London? Wah, tak sabarnya nak berjumpa dengannya. Mesti dia makin cantikkan?!"

"Aiceh, sebut je Raihana terus orang tu senyum sampai ke telinga." Mendengar sahaja ayat itu, terus Tasya kembali muram. Sengaja dicebikkan bibirnya.

"Hah, panjang umur. Baru sebut dah sampai." Dengan lajunya Tasya mengalihkan kepala ke belakang melihat Raihana berjalan menuju ke arah mereka. Wah, Raihana ni, kalau dia jalan macam kucing...comfirm orang kata dia ni model. Sesuai sangat. Lagipun dia tinggi.

"Huyooo ! You know what, kau macam modellah. Tapi model muslimahlah." Dilihatnya atas bawah. Kaki berstoking, shawl labuh warna biru lembut pula diputar belit dengan kemasnya. Fuhh, nama saja berlajar di London tapi pakaian tetap menutup aurat. Alhamdulillah! Tapi.... "Raihana, asal muka kau macam nak nangis je?"

Tanpa menjawab pertanyaan Tasya, Raihana terus manarik tangan Tasya mengikutnya ke kereta. Tunggang langgang berjalan mengikut langkah Raihana yang laju. Apalah nasib aku hari ini? Pagi-pagi dah kena ikut pakcik tongkang pecah tu, lepas tu kena ikut pula si Raihana ni.











"Aku...aku.... ermm....."

"Nur Syamimi Raihana, kau nak tunggu sampai anak aku kahwin dengan cicit kau, baru kau nak cakap dengan aku ke?" Tersengeh Raihana. Tasya, kau memang tak pernah berubah. Kalau rasa rimas sikit, marah sikit, mulalah nak panggil nama penuh orang.

"Tasya, sebenarnya aku nak kahwin."

"Sorry, come again."

"Yes, aku nak kahwin. Kau memang tak salah dengar."

Kahwin? Raihana sudah hendak kahwin? KAHWIN? Seven years ago, she will got angry when our friends were falling in love. Puppy love! Dia juga ketua kumpulan Anti Lovey-Dovey yang mempunya dua orang ahli iaitu adik-adikya. Walaupun ramai lelaki yang minat dekat dia, tapi dia langsung tak layan. Dan sekarang dia cakap nak kahwin?

"Kau biar betul? Bukan dulu kita janji aku yang akan kahwin dulu ke? Asal tetiba kau yang hati keras batu ni yang kahwin dulu?"

Pecah perut Raihana dibuatnya. Ketawa dalam keayuan gitu. Ingat lagi minah ni. "Perjanjian tu, masa kita tak matang lagi. Ada ke patut kau berpegang pada janji tu? Apa-apa pun, kita hanya merancang, tapi kena ingat, Allah yag menentukan."

"Habis tadi asal masa kau datang muka kau macam nak nangis?"

"Sebab aku rindukan engkaulah. Kau jadi pengapit aku nanti tau. Aku sebenarnya nak jumpa kau dengan Mira, tapi aku tak tahu macam mana nak hubungi kau orang berdua. Kebetulan aku terjumpa Saiful kelmarin dekat pasar. Dia temankan mak dia pergi pasar. Aku tanyalah dekat dia pasal korang. Aku dah hubungi Mira, tapi dia kata memandangkan Saiful yang nak datang ambil, dia suruh kau yang pergi dengan Saiful. Aku pun tak tahu kenapa." Terkedu Tasya dibuatnya.

Okey, Saiful memang rajin. Teman mak dia pergi pasar. Anak yang baik. Pasal Mira, ini yang aku bengang. Dia dah tahu yang Saiful datang nak bawa aku jumpa dengan Raihana, tapi boleh buat buat toya je.

"Raihana, bakal suami kau dah sampai tu." Saiful menunjukkan bakal suami Raihana yang sedang menunggu Raihana.

"Okeylah Tasya, aku pergi dulu. Nak pergi beli barang-barang untuk hantaran. Saiful, pastikan kau hantar Cik Iylia Natasya ni balik rumah ye!?" Tersengih sahaja Saiful.

Alaa, aku ada banyak benda yang nak soal jawab, soal siasat, soal cari gali dengan Raihana. Tak menyempat betul. Laju je bila tunang dia datang. Yang Saiful ni pula tersenyum macam santan busuk ni kenapa?

"Kenapa pandang saya macam tu?"

"Nothing. Encik, saya laparlah. Belanja saya?"

Minah ni, kejap awak, kejap encik. "Yelah, nak makan apa?" Bila tuan punya badan sudah bersetuju, mulalah bibir mengukir senyuman nakal.

"Memandangkan awak bawa saya keluar daripada rumahku syurgaku dalam keadaan saya tak telan apa pun, jadi sekarang ni saya lapar sangat. Saya nak makan Sate 30 cucuk, nasi lemak tiga bungkus. Oh, sate tu saya nak bawa balik dekat mama, papa dan Mira ermm...90 cucuk pun jadilah. Banyak sangat pun takut membazir nanti. Air...  Jus halia 5 gelas cukuplah."

"Amboi, fikir dia je? Pokailah saya. Saya nak makan apa pula kalau macam tu?"

"Ala, encik kaya. Satu dunia tahu. Memandangkan saya ni dilahirkan sebagai seorang yang sangat prihatin, saya pesan air paip untuk awak. Tunggu apa lagi, jom pergi makan. Saya dah lapar sangat ni. Jom pergi makan sebelum encik kena baham." Menggeleng Saiful dibuatnya. Ini kalau dibuat bini, insyaAllah hidup tak lekang dari senyuman. Haiylaa. Dikerjarnya Tasya yang sudah beribu batu dihadapannya. Jalan macam kena kejar dengan kilat.





*ignorekan all the typing error. Thanks. Silalah kutuk. Umur panjang jumpa lagi tahun depan*