Monday, December 17, 2012

Jangan Biarkan Aku Sendiri 4






Tasya tak terus pulang ke rumah. 'Cari mampus la kalau balik rumah. Papa dan mama mesti tanya kalau tengok muka aku merah dan sembab akibat banyak menangis. Lepas tu papa mesti tak benarkan aku bekerja dekat situ lagi.'

Tasik Putrajaya dituju. Tenang sedikit perasaan Tasya di sini. Tasya sudah peduli orang mahu melihat mukanya yang merah dan sembab asalkan dia dapat menenangkan dirinya daripada mengalirkan air mata. Hanya lebih kurang 15 minit, Tasya kembali tenang.

Tasya kemudian bergerak ke kereta dan ingin pulang ke rumah. Tapi apabila difikir kembali, jalan sudah tentu sesak dalam waktu sebegini. Tasya terus ke masjid dan solat maghrib di di situ. Usai  solat maghrib di masjid putrajaya, Tasya terus pulang ke rumah walaupun lapar. Dia pasti mama dan papa tertunggu di rumah. Tidak pernah Tasya kembali selewat ini.









Pap! Bunyi novel I Love You Stupid karya Melur Jelita terjatuh dari atas meja belajar berjaya mengejutkan Tasya dari lena.

"Ya Allah, rosak la novel ni. Sudahlah aku sayang dekat novel ni." Ujar Tasya sambil menyusap-usap permukaan kulit novel tersebut. 'Gila betul la, kenapa cuai sangat aku ni? Macam mana la boleh letak sayang aku ni dekat hujung meja? Kan sudah jatuh!'

Bebelan Tasya terhenti apabila Iphonenya berbunyi. Hah, cerita tentang Iphone, Mira yang belikan selepas telefon bimbit kesayangannya innalillah.

"Yes, boss? What can I do for you? I think today is Sunday. Tiada urusan pejabat pada hari Ahad." Walaupun Tasya sudah terjaga daripada lenanya, tetapi ngantuknya masih bersisa membuatkan dia mamai.

"Today is Sunday? Kalender mana awak tengok ni? Hari ini hari Isnin! Awak lupa ke mensyuarat yang awak kena pergi hari ni? Tak pasal-pasal saya kena suruh Hendry uruskan." Tegas sekali kata-kata Saiful Naim tapi sayang masih tidak boleh mengejutkan Tasya dari 'lena jaga'nya.

'Apa la mamat ni. Kalau aku salah hari pun tak payah lah sampai nak tengking-tengking bagai. Walaupun dia lelaki, tetapi dia kena tahu bahawasanya jiwa dan raga perempuan ayu seperti aku ni lembut.' Air mata Tasya mula mengalir. Sememangnya Tasya seorang yang manja dan cepat terasa walau hakikat yang sebenar Saiful Naim tidak menengkingnya langsung.

"Eh you ni dah kenapa? Pagi-pagi sudah call I, lepas tu tanpa salam tengking- tengking I pula. Kalau I silap sekali pun, tak boleh ke you tegur baik-baik? You ingat you boss, you boleh marah- marah sesuka hati la? You tak tahu apa sebab I tak datang kerja lepas tu nak marah- marah tak tentu pasal. I nak berhenti kerja! I dah tak tahan nak kerja dengan you!" dengan teresak-esak, Tasya meluahkan rasa ketidakpuas hatinya









Keesokan harinya, Tasya datang ke pejabat seperti biasa. Dia sendiri tidak sedar apa yang terjadi pagi kelmarin. Yang dia tahu, ada seseorang marah-marahnya tetapi tidak pasti di mana. Sebenarnya Tasya mengalami pening kepala kuasa tiga. Oleh kerana itu, Tasya tidak tahu apa yang telah dia lakukan. Sedar- sedar, papa dan mama ada dalam bilik dengan muka risau.

'Mama kata aku tak jaga dari tidur sampai pukul 5 petang? Fuhh, kalau orang tahu, malu aku. Mesti jatuh harga mas kahwin aku.' Tasya terus berjalan menuju ke mejanya dengan ceria.

"Tasya, masuk bilik saya sekarang!" Alah, Saiful ni, aku baru je nak duduk dia dah panggil. Pukul 8 pagi pun belom sudah panggil aku. Mahu atau tidak, Tasya pergi juga ke bilik bos merangkap kekasih dalam diamnya yang juga merangkap kawan sekolahnya. Pintu diketuk dengan semangat. Kalau Saiful Naim tak dengar ketukan Tasya tadi, memang sudah tidak lama lagi arwah la Saiful Naim tu.

Dengan senyuman selebar 60 meter, Tasya masuk ke dalam bilik Saiful. "Tasya, saya minta maaf sebab buat awal rasa kelmarin. Papa awak sudah beritahu saya yang awak tak sihat kelmarin. Maafkan saya ye?" Saiful mengaku memang salahnya memarahi Tasya tanpa usul periksa.

Senyuman lebar Tasya kendur dengan tiba-tiba. "Encik, kelmarin memang saya tak sihat. Saya rasa hari ni encik pula yang tak sihat. Encik minta maaf sebab buat saya terasa? Bila masa encik buat saya terasa? Encik tak sihat kan? Baik encik balik rehat sebelum makin melarat. Lagipun kalau encik balik rehat dekat rumah, kurang sikit kerja saya. Kalau ada encik dekat pejabat, nanti encik suruh saya buatkan kopi. Lepas tu komen tak sedap. Lepas tu suruh buatkan milo pula bla bla bla..."

Tersenyum Saiful mendengar bebelan Tasya. 'Baru sehari tak jumpa Tasya dah rindu dengan mulut chit chat dia ni. Tapi pelik, dia cakap macam dia tak ingat apa yang terjadi kelmarin. Hai, dia siap nangis- nangis, boleh pula cakap aku tak sihat.'

"Encik, wahai Encik Saiful Naim yang agak kacak tapi Dennis Oh saya kacak lagi, saya penat bercakap seorang diri yang encik pula boleh termenung. Dah sampai mana? Saiful in Wonderland! Atau dekat alam chork zone?"

"Chork zone? Apa benda tu?"

"Nampak sangat encik tak pernah tengok cerita tu. Itu kartun, encik. Dekat tv 9 saluran 119. Pukul berapa saya tak pasti sebab dah lama tak tengok." Dengan semangatnya Tasya jelaskan kepada Saiful.

Tergelak besar Saiful dibuatnya. "Awak layan kartun lagi, Tasya?"

"Ya, kalau saya marah saya akan tengok kartun yang lawak dan seronok. Lepas tu redalah marah saya."

Seronok pula layan minah ni. "Jadi, semua kartun dekat tv9, astro Disney XD dan astro Ceria awak layan la?"

"Kalau kartun dekat tv9 banyak yang saya layan daripada tak layan. Tapi kalau dekat astro Ceria dan Disney XD , sikit je yang saya layan."

Sebenarnya banyak soalan yang ingin ditanya kepada Tasya. Tetapi semuanya terpaksa ditangguhkan apabila tiba-tiba Juliana menguak pintu bilik Saiful.

'La, dari mana turunnya minah tak cukup kain ni? Kacau aje. Aku baru nak bergurau senda dengan Saiful. Masa lain tak sempat. Ish, geramnya.' Dalam mengeluh seorang diri, senyuman Tasya masih kekal di bibirnya walaupun palsu semata-mata.

"Jun, I ingatkan you balik esok?"

"I miss you so much, baby. I tak tahan nak tinggal you lama- lama. Tak tahan rindu dekat you." Tanpa menghiraukan Tasya, Juliana terus merangkul leher Saiful dengan manjanya.

'Eh you? Ini ke kawan aku dulu? Saiful Naim yang dulunya dekat sekolah terkenal dengan perangai ustaznya dan sekarang jadi macam ni?' Panas membara hati Tasya.

"Ehemmmmmmmm" hah amekau. Tasya berdehem dengan kuatnya seperti gajah tercekik tulang pontianak. 'Eh, pontianakkan hantu. Hantu ada tulang ke? Lantaklah, mana aku tahu.'

Saiful yang tersedar Tasya masih di dalam biliknya terus meleraikan rangkulan manja Juliana. "You may go now, Tasya."

'Ceh, macam menghalau. Dapat tunang dia terus suruh aku keluar. Saiful, kau memang sudah teruk. Tak sabarnya nak balik rumah jumpa Mira dan cerita pasal perubahan Saiful dekat Mira. Ish, Tasya..sekarang baru mula kerja kau dah fikir nak balik.'

Friday, December 7, 2012

Jangan Biarkan Aku Sendiri 3







"Tasya, lunch with me? Today!"

"Kenapa encik panggil saya Tasya? My name is Iylia!" suka betul la mamat ni panggil aku Tasya. Kang ada yang terikut-ikut panggil Tasya. Nanti kalau ramai yang panggil Tasya dah tak popular la nama tu.

"Tapi nama awak pun Tasya juga kan? Waktu kita sekolah dulu boleh je saya panggil awak , Tasya. Sekarang kenapa nak ubah nama pula?" Pelik betul la budak ni. Tapi comel!

"Itu dulu. Dulu dan sekarang lain." Aku nak suami aku dan keluarga aku je yang panggil aku Tasya. Lagipun nama Tasya dikenali sebagai anak dato. Sekarangkan aku bawa watak sebagai anak orang biasa.

"Apa-apa je la, Tasya. So, lunch with me?" 

"Tak nak la. Janji encik janji melayu. Saya nak janji orang arab. Baru boleh pakai. Encik janji dengan saya lepas tu nanti encik pergi keluar dengan orang lain. Saya hari tu punya la tahan perut tunggu encik, tapi encik? You enjoy with your girl!" Hah, lepas sudah kemarahan.

"Wow, awak marah? Dulu kalau marah awak akan menangis. Tapi sekarang awak tak menangis. Ajaib. Ok la, saya minta maaf. Hari tu memang saya tak dapat elak. Awak tak tahu tunang saya tu macam mana orangnya. Kalau itu yang dia nak saya kena ikut" hah, sekali jelas panjang lebar pula.

"Saya sebagai pekerja hanya menurut perintah. Tapi, kalau saya tertunggu lagi, saya tidak akan teragak-agak  untuk saman encik." ceh, tersenyum lebar mamat ni. Lempang kang!









"Tasya, kenapa awak kerja dengan saya sedangkan awak ada syarikat sendiri? Lepas tu siap kenalkan diri awak sebagai Iylia. Tanpa perkataan dato pula tu?" Sudah lama nak tanya tapi ada saja halangan.

"Sebenarnya saya nak berdikari. Saya nak orang layan saya macam orang biasa dan bukannya anak dato."

"Keluarga awak tak kisah?"

"Mula-mula Mira je yang sokong saya. Mama dan papa memang tak bagi. Tapi akhirnya bila Mira dan saya jelaskan, mama dan papa setuju."

"Kalau saya pun saya tak bagi."

Eh, sibuk je mamat ni. Biar la aku nak buat apa pun. "Kenapa pula awak tak bagi. Suka hati saya la nak buat apa pun. Cuma papa saya la yang tak percayakan saya."

"Maksud saya, kalau awak ni anak saya, saya pun tak bagi. Sebab awak tu nampak je ganas, garang, tapi sebenarnya awak tu lembut, manja, cepat merajuk. Memang la papa awak tak percayakan awak. Sebab dengan sifat dan sikap awak tu mana boleh percaya sangat."

"Panjangnya awak kutuk dan puji saya." Aku tinggal juga dia dekat sini. Nasib aku datang naik kereta dia. Kalau aku tinggal dia siapa nak hantar aku balik.

"One more question. Kenapa dekat pejabat awak panggil encik tapi bila dekat luar macam sekarang ni awak panggil saya macam dulu." Noor Iylia Natasya memang pelik sejak azali.

"Oh, haahlah. Baru saya perasan. Ianya spontan. Kenapa? Awak tak suka ke? Awak nak saya panggil awak encik walau di mana pun saya berada? Maafkan saya." Kalau dia tak tanya mesti aku tak perasan sampai bila-bila.

"Tak, saya tak kata apa-apa pun. Saya tanya je. Saya tak kisah dan tak akan pernah kisah awak nak panggil saya apa pun. Lagipun kita kawan walaupun sudah lama terpisah."

Oh tak kisah aku panggil apa pun!? Kalau macam tu aku panggil dia pakcik tongkang pecah. Dia tak kisahkan!

"Lepas makan teman saya pergi beli baju." Alang-alang dah bawa dia keluar minta tolong je la. Lagipun aku bukannya tau sangat pilih-pilih baju ni.

"Awak ni memang la. Nanti lambat masuk pejabat macam mana?" Banyak songeh pulak pakcik tongkang pecah ni. Tadi kat pejabat ajak makan bukannya ajak beli baju.

"Dekat pejabat arahan. Sekarang ni saya minta tolong sebagai kawan. Lagipun kalau awak masuk pejabat lambat tak ada siapa yang marah sebab awak keluar dengan saya."









"Saya rasa yang ini sesuai." Baju kemeja batik aku acukan ke badannya. Walah, cantiknya corak dia. Kain lembut gila.

"Hurm, nice! Saya pergi cuba kejap."

Sementara menunggu Saiful mencuba baju, Tasya melilau melihat pakaian yang ada. Tetapi lain pula yang terlihat. 'Weyh, tu bukan tunang Saiful ke? Dengan mamat mana pula tu? Mesra gila. Nak kata abang dia macam tak je. Sebab mamat tu mat salih. Ah, jangan masuk campur la, Tasya oit.'

'Apa la Tasya ni mengintai sampai aku dekat sini pun dia tak perasan?' "Tasya!"

Sergahan Saiful telah berjaya membuatkan jantung Tasya berhenti selama 10 saat. 'Gila! Mati kang aku dekat shopping mall ni.' "Saiful Naim! Saya tahu la nama saya tu sedap dan tenang apabila disebut. Tapi ketahuilah anda bahawasanya, nama saya yang sedap lagi cantik tu akan rosak bila awak panggil macam tu!"

Tersenyum senget Saiful mendengar Tasya perasan. "Saya suka baju kemaja batik yang awak pilih ni. Terima kasih sebab bantu saya." Pandai Tasya memilih baju. Sememangnya Saiful suka baju yang dipilih oleh Tasya tadi.

'Eh, hal tadi!' "Kenapa awak tak minta tolong tunang awak je yang teman awak beli baju?" Agak-agak dia kata aku ni busybody ke tak?

"Dia kalau tentang pakaian perempuan memang nombor satu. Tapi kalau pakaian lelaki nombor hancus. Lagipun dia tak ada dekat Malaysia sekarang ni. Dia kan model. Sekarang ni dia ada dekat US ada fashion show." Kalau aku beritahu mummy yang Tasya temankan aku beli baju dan bukannya tunang aku, mesti mummy tanya soalan yang sama. Nama saja tunang anak lelaki dia tapi mummy bukan kenal sangat pun dekat tunang aku tu. Mula-mula pun mummy tak setuju aku nak bertunang.

'Oh, tunang dia tak ada dekat Malaysia. Maknanya yang aku nampak tadi tu pelanduk empat serupa la. Ish, Tasya! Rosak peribahasa.'









"Wah, baru masuk kerja. Lambat pula tu. Lepas tu masuk kerja sekali dengan Encik Saiful." Eh, aku dengar orang bercakap. Aku datang sini nak bancuh air tapi disambut oleh suara pula. Gelas, mug, segala yang ada dekat sini boleh bercakap ke?'

"Hey, kau tengok apa? Aku nak kau jauhkan diri kau daripada Encik Saiful. Dia tu aku yang punya, faham? Kau pekerja baru tak layak untuk dia."

Alah, aku ingatkan pontianak mana la yang bercakap rupa-rupanya minah melaram ni. Orang datang pejabat nak kerja dia datang pejabat macam pergi fashion show. Lepas tu kerja dia mengorat orang dan mengumpat. Dah la mata macam unta penangan bulu mata palsu. Pipi macam orang demam kura. Merah semacam. Mulut pulak bergincu sakan. Setiap jam tukar warna gincu. Banyak orang cakap yang dia ni memang suka cari pasal dengan pekerja baru. Aku ingatkan semua staf dekat sini baik. Rupanya tersesat juga seorang.

"Cik Salena, awak tak puas hati apa dekat saya? Daripada hari pertama saya kerja sampai sekarang awak memang suka sangat cari pasal dengan saya. Kalau awak nak sangat Encik Saiful tu, ambil la. Tapi awak ni memang maruah rendah. Sebab ada niat nak rampas tunang orang. Encik Saiful tak pandang orang macam awak. Dia pandang perempuan macam saya. Tunang dia pun nasib- nasib je tu." Fullamak! Kalau Saiful dengar agak-agak dia marah tak? Hentam je la. Aku dah lama tak fire orang ni. Tu yang kali ni aku fire panjang-panjang.

Selepas meluahkan ayat dusta tersebut, Tasya terus tinggalkan Salena disitu yang sedang berangin. 'Kau punya pasal tak jadi aku nak minum.









Air mata sudah menitis dan tak kuasa Tasya hendak mengesatnya lagi. 'Aku pergi tandas tak sampai 5 minit handphone aku dah berkecai. Aku tahu siapa punya kerja. Boleh je aku beli baru. Tapi handphone baru tak akan sama dengan yang ni. Ini hadiah arwah nenek sebelum meninggal. May Allah bless you, Salena!'

Tasya terus menangis. 'Orang semua dah balik so, tak ada masalah aku nak menangis.' Selepas mengemas barang-barang, Tasya berjalan ke kereta dengan linangan air mata. 'Heran, air mata ni memang tak nak berhenti ke? Aku benci kau, Salena!' Pedal minyak ditekan rapat ke lantai dan vroooooooom.


Introduce My Balak part 2 (x tahan)

hai n Salam all..kan ada dolu2 aku introduce my balaks..name? erm, aaron aziz, nickhun, and dennis. i think tu je kowt. or,...ada lg?

k fine..itu dulu, skarang ni i dont wanna be a play gurl. dh insaf :)

ok, tanpa membuang masa yg memang tkmau buang pn, aku nk introduce my real balak (tamau dh la balak2 ni..mcm kasar sgt ja kan?) ..ok my real special boyfriend... his name is DENNIS JOSEPH O'NEIL or his nkname is dennis oh. Actually, he is from americam but he act in korea. buttttt..wow, dya ni mmg la..korea pn dya blakon, china pn dya blakon, singapore pn dya blakon, american pn lg la dya blakon, thai pn dya ada jgkk..asl la dya ta dtg Malaysia? owh, i know... dya bgtau yg dya actually mmg nk jd artis malay too but, ada la sorg mamat ni kacau ta bg dya blakon.. tamau la sebut nama, kang kena saman.!!!

dya ni sgt la caring, pnyayang, smua sifat dn sikap yg diidamkan oleh wanita ada dkt my dennis..  last week my dennis snggup fly from american ke slangor smata2 nk jumpa aku.. *GILA TERHARU KOWTTT!!!*
dya dtg just a few days n lpas tu dya trpaksa fly balik korea..well, dya kan plakon msty la busy. tu pn curi masa ja fly dtg malaysia.

here ada la beberapa pictures dya.. but bfore usha MY SPECIAL BOYFRIEND, I WANNA WARN U ALL....DONT U EVER DARE WANNA DISTURB ATAU LEBIH JELAS GODA MY DENNIS.. HE IS MINE FOREVER N EVER..owh ya, my dennis stia pd yg satu


here his pictures :)

opss, sory guys...i mmg dh nk upoad td. tp pic2 tu smua still belom edit lg.. why do i need to edit my dennis pic? haruslaaaaa...kalau edit ada la tanda pic tu from aku..nnty org curi aku tau la pic tuu aku pnya..


ok la, nnty bila dh edit aku upload masuk sini :)
brsabarlah wahai readers..i know u all dh ta sabar nk tngok my dennis pnya muka kan?
thats all..nite and salam :)

2:10 morning already..wanna sleep #




Monday, November 26, 2012

Jangan Biarkan Aku Sendiri 2




Tasya berjalan sementara menunggu pemandu peribadi mereka datang menjemputnya. 'Gila ke apa Si Saiful ni? Aku belum kena interview lagi dia sudah bagi green light suruh aku mula kerja esok.' bebelnya sendiri. Dalam kepalanya terbayang peristiwa dalam pejabat sebentar tadi.

Tasya terkaku al terpaku melihat jejaka yang tadinya sibuk menyemak fail-fail yang berada di depannya. 'Lah..apa Saiful buat dekat sini masa aku gemuruh ni? Is this his family's company?'

"Cik Tasya boleh mula kerja esok" tanpa sebarang perkenalan atau ramah mesra, terus Saiful berkata dengan seriusnya.

"Cik Tasya?" dua pekerja yang tadinya sibuk hendak interview Tasya tadinya hairan. Ialah, Tasya perkenalkan diri dia sebagai Iylia. Tiba-tiba bos mereka suka hati awek dia saja mengubah nama orang.

"Cik Iylia" Tasya membetulkan. Ditekannya perkataan Iylia.

Bunyi enjin kenderaan berhenti dihadapan Tasya membuatkan Tasya tersedar daripada kejadian di dalam pejabat Saiful sebentar tadi.









"Oit cik kak, yang kau tergolek dog dekat atas katil aku ni asal? Dah tak ada katil sendiri? Aku penat kerja nak baring jugak. Kau ni, bilik sendiri ada bilik aku jugak yang kau nak kacau." panjang lebar Mira membebel kepada adik kembarnya.

"Ala, baring kejap pun nak bising ke? Kejap la. Aku malas nak jalan. Aku dari dapur terus naik tangga dan nampak bilik kau dekat. Kalau bilik aku, aku kena jalan lagi. Penat tau" Tasya terus memeluk bantal peluk tanpa menghiraukan Mira.

'Hah? Itu punya orang pun ada ke? Apa pemalas sangat ni? Adik siapa la? Mesti derita kakak dia dapat adik macam ni hah.' Walaupun ianya hanya terlafas dalam hati, tetapi mulut Mira terkumat kamit membuatkan Tasya hairan.

"What are you talking about? Mesti mengata aku kan?"

"Haah, aku mengata dekat kau. Ish, kau ni kalau pemalas sampai ke tahap baring, sampai bila mimpi kau tak akan jadi kenyataan la. Kalau duduk saja mimpi tak akan jadi kenyataan, sayangku Tasya!" ditegaskan suara. Dengan Tasya ni ada masa boleh berlembut, ada masa kena garang dan ada masa kena tegas.

"Siapa cakap mimpi tak akan jadi kenyataan dengan hanya baring saja? Kecik- kecik dulu banyak kali dah mimpi aku jadi kenyataan. Selalu sangat dah. Sampai aku pun tak mahu sebab terlalu kerap." senyuman nakal sudah terukir.

"Amboi, berlagaknya cakap. Apa dia mimpi kau yang jadi kenyataan tu? Cer cite."

"Ok aku cerita. Aku mimpi, bangun je dah jadi kenyataan."

"Ye la, apa mimpi kau tu?" 'Sabar je la dapat adik macam ni'

"Aku mimpi aku pergi kencing. Lepas tu aku sedar memang jadi kenyataan. Aku kencing atas tilam. See? My dream comes true." Bersungguh-sungguh Tasya menceritakan kepada Mira.

"Kurang ajar kau. Kau kenakan aku hidup-hidup." Bantal sudah siap sedia ditangannya. Hanya tunggu masa sahaja. Geram melihat adik kembarnya tergolek sakan di atas katilnya sambil ketawa jahat.









"Papa, this is my first day. So please pray for me. Mana and also you, my sister." selepas bersalaman dengan semua terus Tasya memandu ke pejabat. 'Nasib la, nak sorok identiti sebagai anak dato mesti la kena memandu sendiri walaupun malas.' Radio dipasang agak kuat dan Tasya memecut keretanya laju dijalan raya. Sememangnya anak Dato' Amir yang bongsu ini malas memandu tapi kalau sekali dia pandu, boleh berhenti degupan jantung.

'Alhamdulillah, tak ada la susah sangat jadi pekerja baru ni. Semua staf baik-baik. Nasib!' Hurm, apa aku nak buat? Kak Mila cakap hari ni cuma lihat dan belajar. Esok baru kerja sekerjanya. Ayark. Apa punya kerja ni? Aku tak tahu nak buat apa?!' Tasya kemudian pusing kebelakang.

"Ya Allah, Encik Saiful buat apa berdiri dekat belakang saya? Mahu arwah saya kalau setiap hari macam ni."
Marah Tasya. 'Tak ada la marah sangat. Gila nak marah bos?'

Saiful hanya ketawa kecil melihat aksi gelabah Tasya sebentar tadi. 'Dia ni kalau Tasya, Tasya juga la. Tukar la nama Iylia pun, perangai tak pernah berubah.' Ketawa Saiful hilang apabila tiba- tiba Tasya melutut di hadapannya sambil mukanya menunduk seperti memerhatikan kasutnya.

"Eh awak buat apa ni?"

"Saya cuma tengok kaki Encik Saiful la. Ye la. Tiba- tiba muncul dekat belakang saya, lepas tu saya cakap Encik Saiful boleh gelak. I just wanna make sure that you are human or something else. You know, office. Selalu sangat pejabat jadi rumah 'benda' ni."

Makin kuat Saiful ketawa.

"Encik, ala jangan la macam ni. Saya tak biasa dengan makhluk halus ni. Mengucap, ingat Allah."

Kesian melihat gadis dihadapannya yang makin gelabah, dia pun bersuara. "I am human and not something else. Saya ketawa sebab awak ni lawak. You are so good. Setiausaha saya yang lama pun tak pernah buat saya ketawa pagi-pagi macam ni."

'Dush, buat malu je Tasya oit!' Tasya hanya tersenyum paksa.

"Oh ya, tengah hari ni makan dengan saya."

'Makan dengan Saiful? Aku sukaaaaaaaa!' Cepat- cepat Tasya memberi persetujuan.









"Mana mamat ni? Janji nak keluar makan dengan aku. Aku ni nama je setiausaha dia. Tapi dia sekarang dekat mana pun aku tak tahu. Dekat pejabat tak ada. Aku tanya Kak Mila, dia kata Saiful tak ada apa-apa temu janji pun hari ni. Perut aku dah lapar ni.'' Dalam membebel akhirnya masa rehat sudah habis. 'Cett, masa rehat. Macam sekolah pula. Ruginya aku tolak perlawaan Kak Mila pergi makan tadi. Kalau aku tau dia tak balik, dah lama aku pergi hentam makan frog chop kegemaran aku. Hish'

"Hai Iylia, maaflah tadi saya keluar makan dengan Jun tadi. Oh ya lupa nak kenalkan. Ini Juliana, bakal tunang saya." Saiful yang entah dari mana datang meminta maaf sambil memperkenalkan gadis yang berada di sisinya.

"Oh, dah nak bertunang.'' Tasya berkata dengar nada yang teruja. Dia melihat sahaja pasangan tersebut berlalu masuk ke dalam bilik Saiful. Sebaik sahaja pintu bilik Saiful tertutup rapat, muka Tasya berubah muram.

'Orang yang aku suka dari sekolah menengah lagi dah berpunya rupanya. Lepas tu boleh buat muka tak bersalah sebab tak makan dengan aku. Bukannya nak tanya aku makan ke tidak. Hurm, Juliana aka Jun tu tinggi lampai, cantik, seksi dan sombong. Senyum pun tak nak. Itu ke ciri-ciri wanita idaman Saiful? Tapi aku rasa dia tu dah macam ustaz dekat sekolah dulu. Asal balik daripada luar negara macam ni jadinya?'



-------------bersambung dey------------
thx sudi baca. maaf, ini sgt teruk!!!!

Wednesday, November 14, 2012

Jangan Biarkan Aku Sendiri 1





"Kenapa Saiful?" soal Tasya buntu. Dari jauh melihat Mira sudah merah menyala mukanya.
Nothing happen. Just Aqeem nak luahkan rasa cinta dia dekat Mira. Akhirnya dia luahkan jugak kan?"
"Wow, mesti happy gila gaban kakak saya tu." Tasya turut gembira melihat kakak kembarnya tersenyum gembira.
First plan, saya teman Aqeem  jumpa Mira, dan awak teman Mira jumpa Aqeem. Yelah, takkan nak biarkan diorang berdua je jumpa kan? Maksiat tu." ramah Saiful berbicara.
'Dia ni pun tidak mahu luahkan something dekat aku ke?' Tasya tertanya-tanya sendiri.
"Oh, ok la. Diorang pun dah habis cakap tu, jom." ajak Saiful lalu berjalan ke arah Aqeem dan Mira. Tasya hampa.' Nampaknya aku bertepuk sebelah tangan la. Untung la Mira dia suka sama suka dengan Aqeem. Orang sudah tak nak, jangan cemarkan maruah, Tasya' keluh Tasya









"Papa tak setuju. Tasya, kamu boleh tolong Mira uruskan syarikat kita. Kenapa perlu nak kerja dekat syarikat lain. Kalau kerja dekat syarikat kita, Tasya jugak yang senang. Tak perlu susah payah. Semua orang akan hormati kamu, Tasya." Dato' Amir sangat tidak setuju apabila anak bongsunya bercadang untuk kerja dengan syarikat lain semata-mata untuk cari pengalaman. 
" Betul kata papa tu, Tasya. Kalau kau nak ambil jawatan aku pun aku tak kisah." Mira cuba memujuk adik kembarnya. Dipandang Dato' Amir. Papanya mengangguk sahaja. Mamanya pula menyokong setiap keputusan suaminya.Sememangnya mereka tidak kisah siapa yg menguruskan syarikat kerana anak kembar mereka sememangnya bagus.
"Aku bukan kisah tentang jawatan. Papa, Tasya just nak cari pengalaman. Bila Tasya rasa diri Tasya sudah boleh berdikari, Tasya akan kerja dekat syarikat kita dengan Mira." cuba Tasya lagi. Tasya sememangnya akan mencuba apa pun asalkan apa yang dihendaknya dapat. 
"Kalau itu yang kamu hendak, papa tak boleh buat apa-apa lagi." akhirnya Dato' Amir terpaksa mengalah.
"Kalau perlukan pertolongan apa-apa minta saja daripada aku." Tasya hanya mengangguk.









"Tasya, boleh teman aku pergi shopping tak?" tanya Mira. Mira sememangnya sudah terbiasa keluar ke mana-mana sahaja bersama Tasya.
"Ok jom. Give me live minutes dan aku siap! Tunggu tau." jerit Tasya sambil berlari ke biliknya.

"Kau nak drive ke?" 'Almaklumlah, aku ni malas nak drive. Lain la Mira. Kalau balik kampung, memang dia la driver. Anak sulung katakan.'
"Habis kalau aku tak drive, kau ingat kereta ni akan brgerak sendiri ke? Nak harapkan kau, memang tak sampai la kita." Masak sangat dengan sikap Tasya yang malas bab drive. Ada lesen buat perhiasan saja di dalam dompetnya. 
" Weyh, banyaknya mat Saleh kat sini, Mira. Ini shopping dekat Malaysia atau dah luar negara ni?" Soal Tasya agak teruja. "Kalau snap gambar berlatar belakangkan mat Saleh tu, then upload Twitter mesti diorang akan sangka kita sekarang dekat luar negara." sambung Tasya lagi.
Mira hanya menggeleng melihat telatah adik kembarnya. 'Macam-macam la minah ni. Cara dia macam tidak pernah ke luar negara padahal setiap tahun akan ke rumah nenek di UK. Hurm, sebut saja UK  terus teringatkan Aqeem, Dia kata hendak belajar ke UK tapi tak pernah terserempak pun. Ish, apa la kau ni Mira. UK tu luas.' bebelnya.
"Oit, Mira! Kau ni sudah kenapa? Tetiba mengelamun tengah-tengah orang lalu lalang ni? Kena sampuk eh? Atau sudah terpikat dekat mat Saleh tu?" Hairan melihat kakaknya yang tiba-tiba mengelamun. 'Tengah - tengah orang lalu lalang pun boleh jadi? Dasyat Mira ni'
"Ish kau ni, ke situ pula. Sudah la, jom cari barang. Nanti lambat pula kita balik."
Sebelum balik, Mira mengajak Tasya ke butik yang terdapat di situ. Dalam leka memilih night dress, Tasya terpandang kelibat seorang lelaki yang mirip seperti Saiful Naim. Lelaki itu seperti sudah mahu keluar daripada butik tersebut. Dengan lajunya Tasya mengejar langkah lelaki itu. Apabila sampai di luar butik, keadaan yang agak sesak menyukarkan Tasya mengejar lelaki itu. Akhirnya, lelaki itu hilang jejak. 'Ish mana mamat tu pergi? Aku yakin mamat tu Saiful.' keluh kehampaan Tasya.
"Bertuah punya adik, kau tinggalkan aku dalam butik macam tu saja. Sudahlah jalan macam kilat."
Mira yang dari butik datang mengejutkan adik kembarnya yang sedang bermuka masam itu. 
"Ini kenapa ni? Tetiba saja muka macam tertelan nangka busuk?" soalnya lagi apabila Tasya hanya diam.
" Aku rasa aku nampak Saiful tadi" adu Tasya.
Melihat wajah muram adiknya kembarnya, Mira pantas menukar topic. " Tasya, baju untuk kau interview esok ada ke? Tak nak beli baru?"
"Aku rasa tak payah kut beli baru. Aku pakai yang mana ada saja la. Tak ada mood nak shopping dah. Kau ada hendak beli barang lagi ke? Kalau tak ada jom kita balik." Sebenarnya Mira hendak beli shawl   tadi. Tetapi apabila melihat adiknya yang muram, dia terpaksa membatalkan niatnya itu. 'Lain kali pun boleh beli.'
" Jom la kita balik. Entah- entah papa dan mama sudah risaukan kita."









' Ish, tadi bila ramai orang aku mengeluh. Bila nak sampai dekat aku, aku pulak risau. Macam mana kalau dapat bos garang macam singa? Zaman sekarang ni, kalau dapat jawapan besar saja sudah muda tunjuk lagaklah, garanglah. Kenapalah bila aku buat keputusan dulu aku tidak terfikir semua ni? Nak berdikari sangatkan? Hah sakarang ni, amekau. Aku jugak yang gelabah.' omelan Tasya terhenti apabila seorang perempuan cantik memanggil namanya untuk ditemuduga. 'Eh, my turn? Asal cepat sangat? Tadi aku tengok ada lagi empat orang? Ish, tu la asyik risau sampai tak sedar.' Dengan pantas Tasya mengekori wanita tersebut.
Masuk sahaja dalam bilik, Tasya kembali resah. ' Mama....tiga-tiga lelaki? Aku kena soal jawab dengan lelaki? Ceh, soal jawab. Macam dekat balai polis dah.'
"Have a sit miss?"
"Iylia." sengaja Tasya menukar namanya.
"Oh, have a sit miss Iylia. Nama penuh awak?" hanya dua orang saja yang memandang Tasya. Seorang lagi sibuk penyelak helaian demi helaian dalam file dihadapannya.
"Nama penuh saya Noor Iylia Natasya binti Amir." sememangnya dia datang ke sini bukan dengan identitinya yang sebenar. Dia mahu dilayan seperti orang biasa dan bukannya dilayan seperti anak Dato. Lagipun, jika dia memperkenalkan dirinya sebagai anak dato, mesti banyak soalannya nanti.
'eh, asal dia tanya nama penuh? Kan dah ada dekat form tu?'
Selepas sahaja Tasya memperkenalkan dirinya, lelaki yang sibuk menyemak file tadi terus mengangkat mukanya melihat Tasya. Matanya terpaku pada wajah Tasya. Tasya yang kebetulan memandang wajah lelaki itu pula terkedu apabila melihat wajah lelaki tersebut.
'Dia?'



--brsambung----










Monday, November 12, 2012

cerpen: Cik Merah Meletop

               

 'Hurm, senyum seorang makcik ni. Aku punya la kebas punggung menunggu dia, rupanya berangan lagi.' Dengan laju Tasya menuju ke arah kakaknya kembarnya.
                  
               "Noor Iylia Amira binti Dato' Amir! Aku punya lama tunggu kau kat bawah nak pergi sekolah sama-sama tapi kau masih tercongok kat sini tersenyum macam orang gila. Mama dan papa dah tunggu tau." Bebel Tasya kepada kakaknya.
    Alah, dia buat dah bebel mak nenek dia tu.

              "Noor Iylia Natasya binti Dato' Amir! Kalau iya pon dah lambat nak pergi sekolah, bagi la salam dulu. Mau jalan aku kat sini kang. Oh ya, asal pulak mama dan papa tunggu kita? Bukan diorang yang nak hantar kita pergi sekolah pon!" Haahkan, asal yeh mama dengan papa tunggu? Selalu tak pon...
"Weyh, kalau aku bagi salam pon, mana kau perasan kalau asyik menatap gambar ketua pengawas sekolah kita tu. Kalau dah minat sangat, luahkan kat dia. Kau ni boleh tahan gatal jugak kan?" Ketawa kecil Tasya.
"Alah, hentam aku boleh. kau tak jawab lagi pertanyaan aku. Asal mama dan papa tunggu kita?"

"Hari ni mama dengan papa yang hantar kita. Cik Man cuti. Dia demam. Dah jom turun"
mereka berjalan keluar daripada bilik Amira. " Eh jap, kau turun dulu, aku nak masuk tandas jap."Kata Tasya kepada Mira. '\Macam-macam hal la budak ni. Tadi dia yang membebel aku lambat. Aigoo..





"Mira, jom teman aku pergi bilik guru. Aku nak hantar surat 'cinta' dekat Cikgu Diana sebab tak hadir kelmarin." Ajak Ruby sambil menarik tangan kawan baiknya. Sesampai di pejabat, Ruby  berjalan di hadapan mendahului Mira. Sesampai di hadapan bilik guru, Ruby berhenti secara mengejut membuatkan Mira nyaris terlanggar belakang badan Ruby. Ruby ni memang suka betul cari penyakit. Kalau bawa kereta ni, mau hancur kereta kena langgar, omel Mira
        "Walaweyyyyyhhh, asal pergi pejabat atau bilik guru dengan kau je mesti jumpa mamat tu. Itu yang seronok tahap cipan. Macam jumpa dengan Dennis Oh. Mesti mak dia minat Dennis Oh masa mengandungkan dia kan? That's why his face looks like Dennis Oh." sorak Ruby gembira
Tidak sempat Mira ingin membalas, Ruby sudah menarik Mira menghampiri jejaka yang diperhatinya dari tadi.
        " Hai Aqeem. Buat apa kat sini? Takkan la tunggu kitorang kot!?" sapa Ruby dengan tidak tahu malunya. Siapa tak kenal Ruby, seorang yang peramah dan agak gila-gila.
        " Hai Ruby. If I say, yes i am waiting for you and Mira, awak nak kata apa?" balas Aqeem dengan nakalnya
        " Oh, kalau tunggu Mira memang betul. Tapi kalau tunggu saya, macam nak mati je..tak percaya yow! Kalau awak tunggu saya, saya la manusia yang bertuah. Tangan di perut, mata dipejam" Aqeem sudah ketawa manakala Mira tersipu sendiri. Apa kaitkan aku pula. Memey nak kena la mak cik ni. kuntai kang! Muka Mira sudah merah menyala. Itulah Mira, pantang malu sikit sudah merah!
        " Okeylah cik Ruby, saya ada kerja nak buat. Well, tugas sebagai ketua pengawas sekolah tak pernah habis. See you soon, ladies." kata Aqeem sambil berlalu. Ruby memandang Mira disebelahnya. Oh no, looks like  gunung berapi nak meletus. Lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii............
           "Rabiatul Adawiyah Soleha binti Jaafar! Tunggu kau. Kau ingat kau boleh lari macam tu je? I'll find you till end of the world!!!"  Lalu, acara kejar mengejar pun bermula antara Mira dan Ruby.




Ady, Haifa, Farah M, Farah N memandang Tasya. Tasya mengangkat bahu kemudian menoleh kearah Mira dan Ruby yang tercungap-cungap dan berpeluh. Renungan mereka mampu membuat Mira faham. Minta penjelasanlah tu. "Ruby ni hah, ada pulak kaitan nama aku kat depan Aqeem ."
     
       "Lah... hanya kerana Aqeem, kau dengan Ruby berkejar smpai berpeluh mengalahkan MJ lepas buat persembahan. Apa la!" Keluh Farah M.
       "Eyh, kau ni memang tak akan habis ke dengan MJ kau tu. Bagus kau ni. Peminat yang setia walaupun MJ dah pass away. Proud of you, M!" Balas Farah N. "Thank you, N."

         "Eh, end about MJ okay? Now, what is going on between you, Aqeem, and Ruby smpai peluh-peluh macam ni?" soal Ady
      "Ruby kaitkan aku depan Aqeem.  Korang pun tahu yang aku malu kalau nama aku dikaitkan depan lelaki. Apatah lagi depan mamat yang bernama Megat Firash Mustaqeem bin Megat Shahzril! Dia selalu ejek aku Cik Merah Meletop sebab muka aku akan merah kalau marah, malu dan kalau duduk tengah panas." jelas Mira
     " Ish, aku hairan la. Haiza Ezhany dengan Haifa Izhaty pun twin jugak. Tapi tak ada la perangai jauh besa macam kau dengan Tasya.Tasya ni steady sangat. Tapi tengok kakak dia, malu mengalahkan kucing."
         "Best tak dapat jumpa klon Dennis Oh? Aahhh, mesti seronokkan kalau dapat husband muka sebijik macam Dennis Oh!?"  Muncul Fya and the geng entah dari mana. Masing-masing sudah buat muka ketat. "Oh Cik Iylia Amira, sedarlah diri tu sikit. Boleh ke kau lawan aku yang dah jadi diva kat sekolah ni? Aqeem hanya akan layan group macam aku. Bukan kumpulan kolot macam korang ni. Aqeem tak akan pandang anak dato macam kau. Lain la aku ni, anak Tan sri dan merupakan kawan baik family Aqeem. Entah-entah, family kitorang dah buat rancangan nak satukan aku dengan Aqeem." dengan bongkaknya Fya berkata.
   "Eh, apa masalah kau Fyana Hazna binti Tan Sri Firdzad? Biar la kitorang nak jumpa siapa-siapa pun. Non of your problem!" balas Ruby. Ditekannya perkataan tan sri. Kau nak bongkak sangat kan? Boleh belah la dengan geng haprak kau tu.
    " Kau tanya apa masalah aku? The prolem is, Aqeem is mine. And you and your group dah ganggu Aqeem aku!"

     "Eh, Aqeem bukan lagi milik kau selagi kau dengan dia tak kahwin." Tasya yang sememangnya juara dalam debad membalas kata-kata Fya. Dia tahu Fya akan diam kalau berlawan dengannya.

     "Sudahlah. Lawan dengan korang ni buang masa je. Lets go girl."





" Mira, kau memang suka kat Aqeem ke?"
" Tipulah kalau aku kata aku tak suka kat dia. Bik Mita tu kalau anak belum 3, mesti minat jugak dekat Aqeem kalau dia tengok muka Aqeem yang sebijik macam Dennis Oh tu. Tapi aku sedar siapa diri aku. Lagipun, aku cuma suka, bukan cinta. Oh ya, Ruby pernah bagitau aku yang Saiful tu suka dekat kau. Amacam? Lagipun dia tu macam ustaz. Sesuai nak pimpin kaum Hawa ke jalan yang benar."gaya Mira sudah betukar menjadi ala-ala seorang ustazah.
" Weyh? Saiful mana pulak ni? Saiful yang kawan rapat Aqeem ke?" melihat anggukkan kakak kembarnya membuatkan Tasya tersenyum. " Hurm, Muhammad Saiful Naim bin Dato' Shaffri. Nama yang sedap. Dia pernah tegur aku dulu waktu form 2. Tapi aku buat tak layan je sebab belum kenal dia. Eh, by the way, berapa banyak anak dato' dalam sekolah kita ni? Ramai kan? Aku, kau, Saiful. Kalau anak tan sri pula, si gedik Fya dengan Aqeem je la kan?" Mira hanya mengangguk sahaja. Tiada mood hendak melayan adik kembarnya yang banyak cakap. Maklumlah, mereka hanya dua beradik sahaja. Hendak atau tidak, dia sebagai kakak harus melayan kerenah adiknya. Walaupun adik kembarnya mulut banyak, tetapi kalau tiada adiknya, sunyi dunia.
"Mira, Tasya turun makan!" jerit Bik Mita dari bawah membuatkan mereka turun dengan segera sebelum pecah gegendang telingan masng-masing. Jangan tak tahu, Bik Mita ni adik tiri kepada mak angkat punya adik ipar saudara tarzan. Sekali jerit baik turun cepat sebelum Bik Mita naikkan suara dia sampai pecah ear drum, omel Tasya sambil berlari anak menuruni tangga.
"Mama dengan papa tak balik lagi ke?" tanya Mira.
"Mama sama papa kamu seperti biasa la. Kerja aja  terus. Itu semuanya juga untuk masa depan kamu."
Mira dan Tasya masing-masing mengakui bahawa mama dan papa mereka sentiasa sebuk. Tetapi dalam kesibukan, mama dan papa mereka masih mengikuti perkembangan anak-anak mereka. Jika musim cuti sekolah tiba, mama dan papa mereka pasti akan mengambil cuti untuk meluangkan masa bersama-sama dan pergi bercuti. Semuanya menjadi mudah apabila keluarga mereka memiliki syarikat sendiri.




Cuti sekolah sudah tiba. Rasa sedih tidak dapat disembunyikan daripada wajah Mira dan Tasya kerana kawan-kawan mereka banyak yang akan pindah sekolah. Sudah menjadi lumrah pelajar tingkatan 3 akan berpindah untuk sesi pembelajaran tahun depan.
"Tasya, kau rasa kita pindah sekolah tak?" Mira yang datang dari arah dapur terus bertanya kepada Tasya yang sedang khusyuk wa tawaduk dengan novelnya.
"Aku tak tahu. Kau tanya la mama dan papa. Tapi, kalau kau nak pindah sekolah jangan tinggal aku tau." Tasya sudah membuat muka garang.
"Ish, kau ingat mama dan papa nak bagi ke aku pindah kalau kita lain sekolah. Mesti la tak. And for sure aku tak akan tinggalkan kau." janji Mira.
"Mira, aku dengar Aqeem akan sambung belajar ke luar negara. Maybe Saiful pun akan follow. Bukan apa, diorang berduakan kawan baik."
"Aiceyh, tetiba sangkut Saiful ni kenapa?" Mira sudah membuat muka nakal. Suka hatinya dapat melihat wajah merah adik kembarnya.Selalu aku yang kena. " Aqeem kan anak tan sri dan  Saiful anak dato' macam kita. So apa masalahnya. Normal la kalau diorang nak sambung ke luar neraga." sambungnya.
"Aku dengarkan minggu depan diorang akan buat majlis perpisahan untuk budak form 5. Semua warga sekolah turut dijemput. Kau nak pergi tak? Mana tahu nak lepas rindu dekat Aqeem. Lepas ni comfirm tak boleh jumpa dah. " dengan nakalnya Tasya berkata.
"Eleh, kalau kau nak jumpa Saiful kau tu, terus terang je la. Aku faham. Tak payah la susah-susah nak goreng nama aku dengan Aqeem pulak." Provok Mira. Tadi muka aku merah, sekarang muka Cik Tasya pulak yang merah. Amekau."







"Weyh, ramai jugak yang  datang. Hampir semua warga sekolah hadirkan? Meriah majlis perpisahan untuk form 5 ni. " dengan teruja Ady berkata.
"Perhatian kepada Noor Iylia Amira binti Dato' Amir dan Noor Iylia Natasya binti Dato' Amir, anda berdua diminta ke dataran sekarang." Suara yang datangnya daripada loud spekers mengejutkan Mira dan Tasya yang leka berbual dengan rakan-rakan mereka.
"Weyh, asal diorang panggil nama kita?" Soal Tasya gelabah.Aku ada buat salah ke? Kalau buat salah pun mesti dengan kawan-kawan yang lain. "Cool Tasya, kita pergi dulu baru kita tahu apa dah jadi." jawab Mira. Mulanya dia juga cuak. Siapa yang tak cuak bila terpandang muka Fya and the geng yang pandang sinis dekat aku dengan Tasya. Lantas mereka berdua turun daripada dewan ke dataran sekolah.
"Ish, penat betul la nak kena turun. Sudah la dewan tingkat tiga." omel Tasya sambil mengikut belakang kakak kembarnya.



Tergamam kedua-duanya apabila melihat Aqeem dan Saiful yang menunggu mereka di atas pentas di dataran sekolah. Apabila mendapat isyarat daripada Saiful, mereka berdua pun naik ke atas pentas. Aqeem kemudiam memberi isyarat kepada Mira untuk mengikutnya ke kiri pentas manakala Saiful mengisyaratkan Tasya untuk ke bahagian kanan pentas. Dah hilang suarakah mereka berdua ni? Main isyarat pakai mata pula. Mira dan Tasya masing-masing mengikut langkah jejaka-jejaka tampan dihadapan mereka. Ish, bikin suspen je diorang ni, bisik hati Mira

"Mira, saya nak terus terang dengan awak. Saya sudah lama perhatikan awak. Saya sayangkan awak. Saya juga tahu saya tidak bertepuk sebelah tangan. Saya tahu awak pun sukakan saya. Am I right?" Soal Aqeem. Menunggu jawapan daripada Mira yang hanya menunduk. Dia pasti muka si gadis idamannya sudah merah bagaikan mahu meletup."A..awak tak suka saya ke?" Soal Aqeem apabila gadis itu tidak menjawab. Wajah Aqeem bertukar hampa. " Orang dulu cakap, kalau diam tandanya setuju. So saya harap awak faham." sambil menunduk Mira menjawab. Senyum lebar Aqeem mendengar. "Awak, saya nak bercinta dengan awak. Tapi couple tu kan haram. Saya tak nak buat benda haram. Next week saya akan fly ke UK. Oh ya, bukan Ulu Klang, United Kingdom. Maybe saya akan belajar sampai ijazah, then saya akan kerja dengan my dad dekat our own company. Saya akan bekerja beberapa tahun sehingga stabil kedudukan syarikat dan kewangan saya. Kalau betul Allah jodohkan awak untuk saya, lepas semuanya tercapai, saya akan masuk meminang awak. Sabar menunggu saya okey? Kalau awak tak sabar, awak boleh cari pengganti saya. Saya buat semua ini sebab saya nak elakkan diri daripada awak. Saya tak nak bercinta sebab tu boleh buat kita dekat dengan maksiat. Saya nak bercinta selepas kahwin. Ianya lebih mulia. Saya nak pegang tangan awak pun boleh masa tu. Kalau sudi, tunggu saya okey?" Mira hanya mengangguk. Dalam hati dia juga setuju dengan perancangan Aqeem.



Sementara itu, Tasya dengan Saiful lain pula ceritanya.
"Kenapa, Saiful?" Soal Tasya buntu. Dari jauh melihat Mira sudah merah menyala mukanya.
" Nothing happen. Cuma Aqeem nak luahkan rasa cinta dia kepada Mira. Akhirnya dia luahkan jugak kan?"
"Wow, mesti happy gila gaban kakak saya tu." Tasya turut gembira melihat kakak kembarnya tersenyum gembira.
" First plan, saya teman Aqeem  jumpa Mira, dan awak teman Mira jumpa Aqeem. Yelah, takkan nak biarkan diorang berdua je jumpa kan? Maksiat tu." Ramah Saiful berbicara.
Dia ni pun tidak mahu luahkan something dekat aku ke? Tasya tertanya-tanya sendiri.
"Oh, okey la. Diorang pun dah habis cakap tu, jom." ajak Saiful lalu berjalan ke arah Aqeem dan Mira. Tasya hampa.
Tanpa mereka sedari, semua yang berada di atas dewan menonton aksi Aqeem meluahkan perasaannya terhadap Mira termasuklah Fya. Makin membengkak hatinya. Jaga kau Mira. Aku akan pastikan Aqeem jatuh ke tangan aku. Kau tu baru 15 tahun. Tak sedar diri betul! amuk Fya.

Dari atas pentas dalam dewan, cikgu Diana bersama cikgu Dira tersenyum melihat telatah pelajar-pelajar mereka. "Dah pandai bercinta budak-budak sekarang ni" Kata cikgu Diana
"Biasa la. Time ni la mood bercinta tu nak subur. Semuanya makin membesar." Balas cikgu Dira sambil tersenyum.




Sorakan dan siulan nakal menyedarkan Aqeem, Mira, Saiful dan Tasya bahawa perbuatan mereka ditonton dari atas dewan. Mama, malunya! Keluh Mira.





p/s: im just 15 years old n this is my first try. sebarang cacian, kutukan, pujian (kalau ada) diterima. thx sudi buang masa utk baca cerpen mngarut ni. oh ya, ending ni terok gila.. already know about that.

Saturday, September 1, 2012

kura2 lari rumah!!!!!!!

pagi ni bngun2 dh terkejut kura2 aku yg paling kecik tu hilang..hurmm? mcm mn dya bole hilang? aku ltak bekas tu tinggi k00wt. kalau jatuh bole mati w00.

laps aku solat subuh, aku tido blik. pastu dngar la ada something jatuh..then aku biarkan je la.
kami pon cari la mrata tmpat. yg pasti dlm bilik. sbb dya tk akan bole kluar from bilik. susah tau nk cari. kura2 bkn buat bising. dh la kecik. tai dlm bilik plak warna hijau. cari pnya cari- bwh rak.
hopenye- dya pnjat kayu, atas kayu ada seekor lagi kura2, dya pnjat plak kwn dya tu, lpas la..nasib dya jatuh ta mati.

ta padan dgn kecik ada hati nk lari..slalu manusia ja yg lari rumah. pagi ni kura2 aku buat cobaan lari rumah tp gagal..hye la kura2, pagi2 lag dh main sorok2. nasib ta hilang. kalau hilang pn ok ja. police station dekat ja!
haru biru pagi ni sbb kura2

Friday, July 6, 2012

B tinggal kan saya!! :(((((

hye oll, u know what.,, ary tu aq demam. so aq ta p skolah. arytu hary ahad. ingat lagi

ayh aq kan, balik dr keja, pastu ayh aq belikan kura2..(aq yg suwoh beli) aww 3  ekor. 2 kanak2 sekor lg alahaii. comel gila coz baby lg. lama aq jaga depa tu.. dekat 5 bulan. but suddenly

nearly a week, B sakit (B tu nama kura2 yg bayi tu) ada gelembong kt maata kiri dya smpai ta bole buka. bwh dagu dya, then kaki dya.kaki dya tu plak mcm reput, kuku tanggal 1 by 1.. ya Allah. sedeyhnya aq!
then 3 july 2012, mlm, dh 2 hary B ta makan., sbb B ta bole mkn sndri. tp tadak sp tau. then mlm tu aq bg suap dya mkn. cem dh lemah sgt sbb dya buka mulut pon lemah. trus aq nangis smbil suap dya. ltak B ats tngan aq then suapkan mkanan kt dya.

 pagi tu aq skolah, bila aayah aq kejut aq bangun, ayt prtama ayh aq sbut ' B dh mati dh '
owh my...msok bilik air bukan mandi, tp nangis. bayangkan smalam aq suap dya mkn then pagi ni dya dh mati. aq suap dya mkn dr pukol 10.30 smpai 11.47. sbb dya lemah, dads why dya mkn pun lmbat. :O
:(  
aq p skolah cem biasa. HUJAN TURUN LEBAT MENANGISI PEMERGIAN B.
waktu aq msok class, mira, kwn sbelah meja aq tu dh smpai. then aq cita kt dya B dh maty..
pastu tetiba ja air mata aq ni kluar bgaikan empangan pecah.. 


4 JULY 2012 TARIKH B MATY. X AKAN DLUPAKAN. SKUNK NI DH 2 HARY B MATY. AQ PN DH DPT PNGGANTI BARU. 2 EKOR, KECIL MCM B TPB TU KECIL LG LA

tp ta sama cem B, B manja. yg chuck ni agak nakal tp cute. yang blair ni penakut tp cute sgt..

PATAH TUMBUH HILANG BERGANTIN, TETAPI B TETAP D HATY

CHUCK N BLAIR TA SAMA CEM B, B MANJA SESANGAT. WINDUUUUU B SESANGAT.
AJAL DYA DH TIBA, WHAT CAN I DO.?

INGAT PAGI YG DYA MATI TU NK BWK P KLINIK, TP TA SMPAT DYA DH MATY DULUWWW.......... UWAAAAAA!!!!!!!!

SAMPAI BILA2 P0WN AQ TAKKAN BOLE LUPAKAN B.

SKUNK NI KT RMH AQ ADA 2 EKOR KURA2..2 KANAK2 N 2 BABY2. (YG BABY TU BSAR SKIT DRPD B)

YG BESAR= TOTOLO N SAKURA (FAKURA ACTUALLY)
YG KECIK= CHUCK N BLAIR

N KALAU B ADA JD 5 EKOR. :(     TT

CHUCK N BLAIR

B SBELON DKEBUMIKAN

B MASA SEHAD

B TTIDOQ ATS LAPPY AQ

NI TOTOLO N FAKURA


SEKIAN WA' SALAM

Monday, April 2, 2012

Introduce my balaks

SEDEYH tau...balak aq tu aq jmpa kt dlm hutan simpan kt kuala pilah masa amik kakak aq..
kami kenal n last couple.pas2 aq blik kedah. lama gila ta jmpa dya. last brita from dya. dya tngah busy nk prepare sbb ada pihak atasan nk mai check hutan tu. n last, mlm tu kwn dya call kata balak aq tu dh slamat d'tebang.. :(  sedeyhnya......huaaaaaaa ksian aq.  itu kesah taon lpas. aq rasa skunk ni dya dh slamat djadikan prab0t.maybe skunk ni dh ada org beli dya. woiiii, balak aq ta boleyh djuah beli la. :( :( :(
(btw, aq x tau la kt k.p tu ada hutan smpan atau x) :D
        sjk dr pristiwa tU. aq jd playgirl.. hah, ni my nk introduce balaks aq skelian..

ini namanya NICKHUN..ensem kan? jgn curik tau!!

yg ni plak aaron aziz.. keja dya pilot. :D tobat enseem beb


ni masa kami p jln2 kt Melaka naekketa sport dya
ni plak ngan kwn dya. budk tu ank kwn dya...ANAK KWN DYA UKE? BKN ANAK DYA.. :D

ini pakwee aq yg mletOp abis la. nama dya dannis oh. ensem kan??dh la kaya. hehe. slalu shopping ngan dya.. x pa, dya blanja. haha tp dlm novel 'awk suka saya tak?'nama dya Hilman. 

aq gila gila dya. :D

ni masa party bzday aq.

ni masa dya my jmput aq kt skulah
..otot dya, perrggghhhhh. sasa abis !

btw, aq buat ni maen2 ja..nnty p kata btol2 plak ta psl2 aq kena saman. kan skunk ni org suka maen saman2..hehe..
keyh, hrap enjoy reading wlaup0wn tewok! hehe..

Thursday, January 26, 2012

noVellll la!!!!!!!!!!!

CANTIK N HENSEM!!
HILMAN YONG N INTAN ZULAIKHA!
weyh, hang nk tau dak? (hang msty nk tau pnya) aq ni gila,hantu,kaki novel.
sy0k tau dak novel ni. buat msa ni la kan, novel suma normall la kan? feeling2, snyum2, keluaq air mata! besa la, dh nama p0wn baca novel chenta. tp kan, novel ni lain skit. tajuk novel tu-AWAK SUKA SAYA TAK?-
tebai beb! mula2, aq baca kt blakang2 ja.start kt-hilman p kt rumah puteri intan zulaikha.wak2 tu, dh tunang dh la. yg intan tu lari sana sini spaya hilman tk 6pak dya. intan tk pakai 2dung. sbb tu dya smbunyi.- hah, kt c2 aq start baca..then, bla dh abih, aq ulang balik. tp start kt hilman jatuh kuda! smpai la one day tu aq rasa mcm nk baca dr mula.BEST W0 NOVEL TU- aq smpai tk dpt nk imagine mcm mn  rumah hilman tu. siap ada lif dlm rumah lg. kalah istana tu beb.brtuah la sp jd bini dya.-opcoz la cik zulaikha/intan/puteri...blablabla-
dr c2, aq rasa mcm p class mnungang kuda. F0C. aq tau mcm2 about kuda.hehe=rasa mcm nk beli kuda, ikat kt tiang garaj rumah! (abih la qeta daddy aq kl0 kuda tu berak) hehe
tp, well, sperti yg aq tlis. juz hayalan smata-mata. dh la kuda mahal.aq ni bknnya kaya.=sederhana saja maA!
x pa la. malas nk mrepek bebanyak! daddy dh calling2 srok mkn.last2, mmmy yg bwk mai kt blik aq. haha.
kojaq la aq ni=thats why aq p skolah.
               aq respec la kt erm..., melur jelita k0wt! nama sbenaq dya aq lupa la. nk amik belek buku tu blik, buku tu ada dlm bilik 1 lagi. malaih la pulak. uke! sekian! dada..babai..tata..titi..tutu..

(p/s: thx sudi baca bnda mrapu ni. :) buat ni suka2 ja stelah lama biarkan usang! so, klu tk suka tu, sowy la. stiap org mmpunyai taste yg brbeza.! )