Monday, November 12, 2012

cerpen: Cik Merah Meletop

               

 'Hurm, senyum seorang makcik ni. Aku punya la kebas punggung menunggu dia, rupanya berangan lagi.' Dengan laju Tasya menuju ke arah kakaknya kembarnya.
                  
               "Noor Iylia Amira binti Dato' Amir! Aku punya lama tunggu kau kat bawah nak pergi sekolah sama-sama tapi kau masih tercongok kat sini tersenyum macam orang gila. Mama dan papa dah tunggu tau." Bebel Tasya kepada kakaknya.
    Alah, dia buat dah bebel mak nenek dia tu.

              "Noor Iylia Natasya binti Dato' Amir! Kalau iya pon dah lambat nak pergi sekolah, bagi la salam dulu. Mau jalan aku kat sini kang. Oh ya, asal pulak mama dan papa tunggu kita? Bukan diorang yang nak hantar kita pergi sekolah pon!" Haahkan, asal yeh mama dengan papa tunggu? Selalu tak pon...
"Weyh, kalau aku bagi salam pon, mana kau perasan kalau asyik menatap gambar ketua pengawas sekolah kita tu. Kalau dah minat sangat, luahkan kat dia. Kau ni boleh tahan gatal jugak kan?" Ketawa kecil Tasya.
"Alah, hentam aku boleh. kau tak jawab lagi pertanyaan aku. Asal mama dan papa tunggu kita?"

"Hari ni mama dengan papa yang hantar kita. Cik Man cuti. Dia demam. Dah jom turun"
mereka berjalan keluar daripada bilik Amira. " Eh jap, kau turun dulu, aku nak masuk tandas jap."Kata Tasya kepada Mira. '\Macam-macam hal la budak ni. Tadi dia yang membebel aku lambat. Aigoo..





"Mira, jom teman aku pergi bilik guru. Aku nak hantar surat 'cinta' dekat Cikgu Diana sebab tak hadir kelmarin." Ajak Ruby sambil menarik tangan kawan baiknya. Sesampai di pejabat, Ruby  berjalan di hadapan mendahului Mira. Sesampai di hadapan bilik guru, Ruby berhenti secara mengejut membuatkan Mira nyaris terlanggar belakang badan Ruby. Ruby ni memang suka betul cari penyakit. Kalau bawa kereta ni, mau hancur kereta kena langgar, omel Mira
        "Walaweyyyyyhhh, asal pergi pejabat atau bilik guru dengan kau je mesti jumpa mamat tu. Itu yang seronok tahap cipan. Macam jumpa dengan Dennis Oh. Mesti mak dia minat Dennis Oh masa mengandungkan dia kan? That's why his face looks like Dennis Oh." sorak Ruby gembira
Tidak sempat Mira ingin membalas, Ruby sudah menarik Mira menghampiri jejaka yang diperhatinya dari tadi.
        " Hai Aqeem. Buat apa kat sini? Takkan la tunggu kitorang kot!?" sapa Ruby dengan tidak tahu malunya. Siapa tak kenal Ruby, seorang yang peramah dan agak gila-gila.
        " Hai Ruby. If I say, yes i am waiting for you and Mira, awak nak kata apa?" balas Aqeem dengan nakalnya
        " Oh, kalau tunggu Mira memang betul. Tapi kalau tunggu saya, macam nak mati je..tak percaya yow! Kalau awak tunggu saya, saya la manusia yang bertuah. Tangan di perut, mata dipejam" Aqeem sudah ketawa manakala Mira tersipu sendiri. Apa kaitkan aku pula. Memey nak kena la mak cik ni. kuntai kang! Muka Mira sudah merah menyala. Itulah Mira, pantang malu sikit sudah merah!
        " Okeylah cik Ruby, saya ada kerja nak buat. Well, tugas sebagai ketua pengawas sekolah tak pernah habis. See you soon, ladies." kata Aqeem sambil berlalu. Ruby memandang Mira disebelahnya. Oh no, looks like  gunung berapi nak meletus. Lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii............
           "Rabiatul Adawiyah Soleha binti Jaafar! Tunggu kau. Kau ingat kau boleh lari macam tu je? I'll find you till end of the world!!!"  Lalu, acara kejar mengejar pun bermula antara Mira dan Ruby.




Ady, Haifa, Farah M, Farah N memandang Tasya. Tasya mengangkat bahu kemudian menoleh kearah Mira dan Ruby yang tercungap-cungap dan berpeluh. Renungan mereka mampu membuat Mira faham. Minta penjelasanlah tu. "Ruby ni hah, ada pulak kaitan nama aku kat depan Aqeem ."
     
       "Lah... hanya kerana Aqeem, kau dengan Ruby berkejar smpai berpeluh mengalahkan MJ lepas buat persembahan. Apa la!" Keluh Farah M.
       "Eyh, kau ni memang tak akan habis ke dengan MJ kau tu. Bagus kau ni. Peminat yang setia walaupun MJ dah pass away. Proud of you, M!" Balas Farah N. "Thank you, N."

         "Eh, end about MJ okay? Now, what is going on between you, Aqeem, and Ruby smpai peluh-peluh macam ni?" soal Ady
      "Ruby kaitkan aku depan Aqeem.  Korang pun tahu yang aku malu kalau nama aku dikaitkan depan lelaki. Apatah lagi depan mamat yang bernama Megat Firash Mustaqeem bin Megat Shahzril! Dia selalu ejek aku Cik Merah Meletop sebab muka aku akan merah kalau marah, malu dan kalau duduk tengah panas." jelas Mira
     " Ish, aku hairan la. Haiza Ezhany dengan Haifa Izhaty pun twin jugak. Tapi tak ada la perangai jauh besa macam kau dengan Tasya.Tasya ni steady sangat. Tapi tengok kakak dia, malu mengalahkan kucing."
         "Best tak dapat jumpa klon Dennis Oh? Aahhh, mesti seronokkan kalau dapat husband muka sebijik macam Dennis Oh!?"  Muncul Fya and the geng entah dari mana. Masing-masing sudah buat muka ketat. "Oh Cik Iylia Amira, sedarlah diri tu sikit. Boleh ke kau lawan aku yang dah jadi diva kat sekolah ni? Aqeem hanya akan layan group macam aku. Bukan kumpulan kolot macam korang ni. Aqeem tak akan pandang anak dato macam kau. Lain la aku ni, anak Tan sri dan merupakan kawan baik family Aqeem. Entah-entah, family kitorang dah buat rancangan nak satukan aku dengan Aqeem." dengan bongkaknya Fya berkata.
   "Eh, apa masalah kau Fyana Hazna binti Tan Sri Firdzad? Biar la kitorang nak jumpa siapa-siapa pun. Non of your problem!" balas Ruby. Ditekannya perkataan tan sri. Kau nak bongkak sangat kan? Boleh belah la dengan geng haprak kau tu.
    " Kau tanya apa masalah aku? The prolem is, Aqeem is mine. And you and your group dah ganggu Aqeem aku!"

     "Eh, Aqeem bukan lagi milik kau selagi kau dengan dia tak kahwin." Tasya yang sememangnya juara dalam debad membalas kata-kata Fya. Dia tahu Fya akan diam kalau berlawan dengannya.

     "Sudahlah. Lawan dengan korang ni buang masa je. Lets go girl."





" Mira, kau memang suka kat Aqeem ke?"
" Tipulah kalau aku kata aku tak suka kat dia. Bik Mita tu kalau anak belum 3, mesti minat jugak dekat Aqeem kalau dia tengok muka Aqeem yang sebijik macam Dennis Oh tu. Tapi aku sedar siapa diri aku. Lagipun, aku cuma suka, bukan cinta. Oh ya, Ruby pernah bagitau aku yang Saiful tu suka dekat kau. Amacam? Lagipun dia tu macam ustaz. Sesuai nak pimpin kaum Hawa ke jalan yang benar."gaya Mira sudah betukar menjadi ala-ala seorang ustazah.
" Weyh? Saiful mana pulak ni? Saiful yang kawan rapat Aqeem ke?" melihat anggukkan kakak kembarnya membuatkan Tasya tersenyum. " Hurm, Muhammad Saiful Naim bin Dato' Shaffri. Nama yang sedap. Dia pernah tegur aku dulu waktu form 2. Tapi aku buat tak layan je sebab belum kenal dia. Eh, by the way, berapa banyak anak dato' dalam sekolah kita ni? Ramai kan? Aku, kau, Saiful. Kalau anak tan sri pula, si gedik Fya dengan Aqeem je la kan?" Mira hanya mengangguk sahaja. Tiada mood hendak melayan adik kembarnya yang banyak cakap. Maklumlah, mereka hanya dua beradik sahaja. Hendak atau tidak, dia sebagai kakak harus melayan kerenah adiknya. Walaupun adik kembarnya mulut banyak, tetapi kalau tiada adiknya, sunyi dunia.
"Mira, Tasya turun makan!" jerit Bik Mita dari bawah membuatkan mereka turun dengan segera sebelum pecah gegendang telingan masng-masing. Jangan tak tahu, Bik Mita ni adik tiri kepada mak angkat punya adik ipar saudara tarzan. Sekali jerit baik turun cepat sebelum Bik Mita naikkan suara dia sampai pecah ear drum, omel Tasya sambil berlari anak menuruni tangga.
"Mama dengan papa tak balik lagi ke?" tanya Mira.
"Mama sama papa kamu seperti biasa la. Kerja aja  terus. Itu semuanya juga untuk masa depan kamu."
Mira dan Tasya masing-masing mengakui bahawa mama dan papa mereka sentiasa sebuk. Tetapi dalam kesibukan, mama dan papa mereka masih mengikuti perkembangan anak-anak mereka. Jika musim cuti sekolah tiba, mama dan papa mereka pasti akan mengambil cuti untuk meluangkan masa bersama-sama dan pergi bercuti. Semuanya menjadi mudah apabila keluarga mereka memiliki syarikat sendiri.




Cuti sekolah sudah tiba. Rasa sedih tidak dapat disembunyikan daripada wajah Mira dan Tasya kerana kawan-kawan mereka banyak yang akan pindah sekolah. Sudah menjadi lumrah pelajar tingkatan 3 akan berpindah untuk sesi pembelajaran tahun depan.
"Tasya, kau rasa kita pindah sekolah tak?" Mira yang datang dari arah dapur terus bertanya kepada Tasya yang sedang khusyuk wa tawaduk dengan novelnya.
"Aku tak tahu. Kau tanya la mama dan papa. Tapi, kalau kau nak pindah sekolah jangan tinggal aku tau." Tasya sudah membuat muka garang.
"Ish, kau ingat mama dan papa nak bagi ke aku pindah kalau kita lain sekolah. Mesti la tak. And for sure aku tak akan tinggalkan kau." janji Mira.
"Mira, aku dengar Aqeem akan sambung belajar ke luar negara. Maybe Saiful pun akan follow. Bukan apa, diorang berduakan kawan baik."
"Aiceyh, tetiba sangkut Saiful ni kenapa?" Mira sudah membuat muka nakal. Suka hatinya dapat melihat wajah merah adik kembarnya.Selalu aku yang kena. " Aqeem kan anak tan sri dan  Saiful anak dato' macam kita. So apa masalahnya. Normal la kalau diorang nak sambung ke luar neraga." sambungnya.
"Aku dengarkan minggu depan diorang akan buat majlis perpisahan untuk budak form 5. Semua warga sekolah turut dijemput. Kau nak pergi tak? Mana tahu nak lepas rindu dekat Aqeem. Lepas ni comfirm tak boleh jumpa dah. " dengan nakalnya Tasya berkata.
"Eleh, kalau kau nak jumpa Saiful kau tu, terus terang je la. Aku faham. Tak payah la susah-susah nak goreng nama aku dengan Aqeem pulak." Provok Mira. Tadi muka aku merah, sekarang muka Cik Tasya pulak yang merah. Amekau."







"Weyh, ramai jugak yang  datang. Hampir semua warga sekolah hadirkan? Meriah majlis perpisahan untuk form 5 ni. " dengan teruja Ady berkata.
"Perhatian kepada Noor Iylia Amira binti Dato' Amir dan Noor Iylia Natasya binti Dato' Amir, anda berdua diminta ke dataran sekarang." Suara yang datangnya daripada loud spekers mengejutkan Mira dan Tasya yang leka berbual dengan rakan-rakan mereka.
"Weyh, asal diorang panggil nama kita?" Soal Tasya gelabah.Aku ada buat salah ke? Kalau buat salah pun mesti dengan kawan-kawan yang lain. "Cool Tasya, kita pergi dulu baru kita tahu apa dah jadi." jawab Mira. Mulanya dia juga cuak. Siapa yang tak cuak bila terpandang muka Fya and the geng yang pandang sinis dekat aku dengan Tasya. Lantas mereka berdua turun daripada dewan ke dataran sekolah.
"Ish, penat betul la nak kena turun. Sudah la dewan tingkat tiga." omel Tasya sambil mengikut belakang kakak kembarnya.



Tergamam kedua-duanya apabila melihat Aqeem dan Saiful yang menunggu mereka di atas pentas di dataran sekolah. Apabila mendapat isyarat daripada Saiful, mereka berdua pun naik ke atas pentas. Aqeem kemudiam memberi isyarat kepada Mira untuk mengikutnya ke kiri pentas manakala Saiful mengisyaratkan Tasya untuk ke bahagian kanan pentas. Dah hilang suarakah mereka berdua ni? Main isyarat pakai mata pula. Mira dan Tasya masing-masing mengikut langkah jejaka-jejaka tampan dihadapan mereka. Ish, bikin suspen je diorang ni, bisik hati Mira

"Mira, saya nak terus terang dengan awak. Saya sudah lama perhatikan awak. Saya sayangkan awak. Saya juga tahu saya tidak bertepuk sebelah tangan. Saya tahu awak pun sukakan saya. Am I right?" Soal Aqeem. Menunggu jawapan daripada Mira yang hanya menunduk. Dia pasti muka si gadis idamannya sudah merah bagaikan mahu meletup."A..awak tak suka saya ke?" Soal Aqeem apabila gadis itu tidak menjawab. Wajah Aqeem bertukar hampa. " Orang dulu cakap, kalau diam tandanya setuju. So saya harap awak faham." sambil menunduk Mira menjawab. Senyum lebar Aqeem mendengar. "Awak, saya nak bercinta dengan awak. Tapi couple tu kan haram. Saya tak nak buat benda haram. Next week saya akan fly ke UK. Oh ya, bukan Ulu Klang, United Kingdom. Maybe saya akan belajar sampai ijazah, then saya akan kerja dengan my dad dekat our own company. Saya akan bekerja beberapa tahun sehingga stabil kedudukan syarikat dan kewangan saya. Kalau betul Allah jodohkan awak untuk saya, lepas semuanya tercapai, saya akan masuk meminang awak. Sabar menunggu saya okey? Kalau awak tak sabar, awak boleh cari pengganti saya. Saya buat semua ini sebab saya nak elakkan diri daripada awak. Saya tak nak bercinta sebab tu boleh buat kita dekat dengan maksiat. Saya nak bercinta selepas kahwin. Ianya lebih mulia. Saya nak pegang tangan awak pun boleh masa tu. Kalau sudi, tunggu saya okey?" Mira hanya mengangguk. Dalam hati dia juga setuju dengan perancangan Aqeem.



Sementara itu, Tasya dengan Saiful lain pula ceritanya.
"Kenapa, Saiful?" Soal Tasya buntu. Dari jauh melihat Mira sudah merah menyala mukanya.
" Nothing happen. Cuma Aqeem nak luahkan rasa cinta dia kepada Mira. Akhirnya dia luahkan jugak kan?"
"Wow, mesti happy gila gaban kakak saya tu." Tasya turut gembira melihat kakak kembarnya tersenyum gembira.
" First plan, saya teman Aqeem  jumpa Mira, dan awak teman Mira jumpa Aqeem. Yelah, takkan nak biarkan diorang berdua je jumpa kan? Maksiat tu." Ramah Saiful berbicara.
Dia ni pun tidak mahu luahkan something dekat aku ke? Tasya tertanya-tanya sendiri.
"Oh, okey la. Diorang pun dah habis cakap tu, jom." ajak Saiful lalu berjalan ke arah Aqeem dan Mira. Tasya hampa.
Tanpa mereka sedari, semua yang berada di atas dewan menonton aksi Aqeem meluahkan perasaannya terhadap Mira termasuklah Fya. Makin membengkak hatinya. Jaga kau Mira. Aku akan pastikan Aqeem jatuh ke tangan aku. Kau tu baru 15 tahun. Tak sedar diri betul! amuk Fya.

Dari atas pentas dalam dewan, cikgu Diana bersama cikgu Dira tersenyum melihat telatah pelajar-pelajar mereka. "Dah pandai bercinta budak-budak sekarang ni" Kata cikgu Diana
"Biasa la. Time ni la mood bercinta tu nak subur. Semuanya makin membesar." Balas cikgu Dira sambil tersenyum.




Sorakan dan siulan nakal menyedarkan Aqeem, Mira, Saiful dan Tasya bahawa perbuatan mereka ditonton dari atas dewan. Mama, malunya! Keluh Mira.





p/s: im just 15 years old n this is my first try. sebarang cacian, kutukan, pujian (kalau ada) diterima. thx sudi buang masa utk baca cerpen mngarut ni. oh ya, ending ni terok gila.. already know about that.

2 comments:

  1. uwAA !! femes lha ak weii !!

    btw nyh my new blog!! cer fOlloW Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..kalau aku ta boh nama ag pon ag dh femes already. btw, comel la pic budak kecik tu..ank mnakan ag eyh

      Delete