Monday, November 26, 2012

Jangan Biarkan Aku Sendiri 2




Tasya berjalan sementara menunggu pemandu peribadi mereka datang menjemputnya. 'Gila ke apa Si Saiful ni? Aku belum kena interview lagi dia sudah bagi green light suruh aku mula kerja esok.' bebelnya sendiri. Dalam kepalanya terbayang peristiwa dalam pejabat sebentar tadi.

Tasya terkaku al terpaku melihat jejaka yang tadinya sibuk menyemak fail-fail yang berada di depannya. 'Lah..apa Saiful buat dekat sini masa aku gemuruh ni? Is this his family's company?'

"Cik Tasya boleh mula kerja esok" tanpa sebarang perkenalan atau ramah mesra, terus Saiful berkata dengan seriusnya.

"Cik Tasya?" dua pekerja yang tadinya sibuk hendak interview Tasya tadinya hairan. Ialah, Tasya perkenalkan diri dia sebagai Iylia. Tiba-tiba bos mereka suka hati awek dia saja mengubah nama orang.

"Cik Iylia" Tasya membetulkan. Ditekannya perkataan Iylia.

Bunyi enjin kenderaan berhenti dihadapan Tasya membuatkan Tasya tersedar daripada kejadian di dalam pejabat Saiful sebentar tadi.









"Oit cik kak, yang kau tergolek dog dekat atas katil aku ni asal? Dah tak ada katil sendiri? Aku penat kerja nak baring jugak. Kau ni, bilik sendiri ada bilik aku jugak yang kau nak kacau." panjang lebar Mira membebel kepada adik kembarnya.

"Ala, baring kejap pun nak bising ke? Kejap la. Aku malas nak jalan. Aku dari dapur terus naik tangga dan nampak bilik kau dekat. Kalau bilik aku, aku kena jalan lagi. Penat tau" Tasya terus memeluk bantal peluk tanpa menghiraukan Mira.

'Hah? Itu punya orang pun ada ke? Apa pemalas sangat ni? Adik siapa la? Mesti derita kakak dia dapat adik macam ni hah.' Walaupun ianya hanya terlafas dalam hati, tetapi mulut Mira terkumat kamit membuatkan Tasya hairan.

"What are you talking about? Mesti mengata aku kan?"

"Haah, aku mengata dekat kau. Ish, kau ni kalau pemalas sampai ke tahap baring, sampai bila mimpi kau tak akan jadi kenyataan la. Kalau duduk saja mimpi tak akan jadi kenyataan, sayangku Tasya!" ditegaskan suara. Dengan Tasya ni ada masa boleh berlembut, ada masa kena garang dan ada masa kena tegas.

"Siapa cakap mimpi tak akan jadi kenyataan dengan hanya baring saja? Kecik- kecik dulu banyak kali dah mimpi aku jadi kenyataan. Selalu sangat dah. Sampai aku pun tak mahu sebab terlalu kerap." senyuman nakal sudah terukir.

"Amboi, berlagaknya cakap. Apa dia mimpi kau yang jadi kenyataan tu? Cer cite."

"Ok aku cerita. Aku mimpi, bangun je dah jadi kenyataan."

"Ye la, apa mimpi kau tu?" 'Sabar je la dapat adik macam ni'

"Aku mimpi aku pergi kencing. Lepas tu aku sedar memang jadi kenyataan. Aku kencing atas tilam. See? My dream comes true." Bersungguh-sungguh Tasya menceritakan kepada Mira.

"Kurang ajar kau. Kau kenakan aku hidup-hidup." Bantal sudah siap sedia ditangannya. Hanya tunggu masa sahaja. Geram melihat adik kembarnya tergolek sakan di atas katilnya sambil ketawa jahat.









"Papa, this is my first day. So please pray for me. Mana and also you, my sister." selepas bersalaman dengan semua terus Tasya memandu ke pejabat. 'Nasib la, nak sorok identiti sebagai anak dato mesti la kena memandu sendiri walaupun malas.' Radio dipasang agak kuat dan Tasya memecut keretanya laju dijalan raya. Sememangnya anak Dato' Amir yang bongsu ini malas memandu tapi kalau sekali dia pandu, boleh berhenti degupan jantung.

'Alhamdulillah, tak ada la susah sangat jadi pekerja baru ni. Semua staf baik-baik. Nasib!' Hurm, apa aku nak buat? Kak Mila cakap hari ni cuma lihat dan belajar. Esok baru kerja sekerjanya. Ayark. Apa punya kerja ni? Aku tak tahu nak buat apa?!' Tasya kemudian pusing kebelakang.

"Ya Allah, Encik Saiful buat apa berdiri dekat belakang saya? Mahu arwah saya kalau setiap hari macam ni."
Marah Tasya. 'Tak ada la marah sangat. Gila nak marah bos?'

Saiful hanya ketawa kecil melihat aksi gelabah Tasya sebentar tadi. 'Dia ni kalau Tasya, Tasya juga la. Tukar la nama Iylia pun, perangai tak pernah berubah.' Ketawa Saiful hilang apabila tiba- tiba Tasya melutut di hadapannya sambil mukanya menunduk seperti memerhatikan kasutnya.

"Eh awak buat apa ni?"

"Saya cuma tengok kaki Encik Saiful la. Ye la. Tiba- tiba muncul dekat belakang saya, lepas tu saya cakap Encik Saiful boleh gelak. I just wanna make sure that you are human or something else. You know, office. Selalu sangat pejabat jadi rumah 'benda' ni."

Makin kuat Saiful ketawa.

"Encik, ala jangan la macam ni. Saya tak biasa dengan makhluk halus ni. Mengucap, ingat Allah."

Kesian melihat gadis dihadapannya yang makin gelabah, dia pun bersuara. "I am human and not something else. Saya ketawa sebab awak ni lawak. You are so good. Setiausaha saya yang lama pun tak pernah buat saya ketawa pagi-pagi macam ni."

'Dush, buat malu je Tasya oit!' Tasya hanya tersenyum paksa.

"Oh ya, tengah hari ni makan dengan saya."

'Makan dengan Saiful? Aku sukaaaaaaaa!' Cepat- cepat Tasya memberi persetujuan.









"Mana mamat ni? Janji nak keluar makan dengan aku. Aku ni nama je setiausaha dia. Tapi dia sekarang dekat mana pun aku tak tahu. Dekat pejabat tak ada. Aku tanya Kak Mila, dia kata Saiful tak ada apa-apa temu janji pun hari ni. Perut aku dah lapar ni.'' Dalam membebel akhirnya masa rehat sudah habis. 'Cett, masa rehat. Macam sekolah pula. Ruginya aku tolak perlawaan Kak Mila pergi makan tadi. Kalau aku tau dia tak balik, dah lama aku pergi hentam makan frog chop kegemaran aku. Hish'

"Hai Iylia, maaflah tadi saya keluar makan dengan Jun tadi. Oh ya lupa nak kenalkan. Ini Juliana, bakal tunang saya." Saiful yang entah dari mana datang meminta maaf sambil memperkenalkan gadis yang berada di sisinya.

"Oh, dah nak bertunang.'' Tasya berkata dengar nada yang teruja. Dia melihat sahaja pasangan tersebut berlalu masuk ke dalam bilik Saiful. Sebaik sahaja pintu bilik Saiful tertutup rapat, muka Tasya berubah muram.

'Orang yang aku suka dari sekolah menengah lagi dah berpunya rupanya. Lepas tu boleh buat muka tak bersalah sebab tak makan dengan aku. Bukannya nak tanya aku makan ke tidak. Hurm, Juliana aka Jun tu tinggi lampai, cantik, seksi dan sombong. Senyum pun tak nak. Itu ke ciri-ciri wanita idaman Saiful? Tapi aku rasa dia tu dah macam ustaz dekat sekolah dulu. Asal balik daripada luar negara macam ni jadinya?'



-------------bersambung dey------------
thx sudi baca. maaf, ini sgt teruk!!!!

No comments:

Post a Comment