Monday, December 17, 2012

Jangan Biarkan Aku Sendiri 4






Tasya tak terus pulang ke rumah. 'Cari mampus la kalau balik rumah. Papa dan mama mesti tanya kalau tengok muka aku merah dan sembab akibat banyak menangis. Lepas tu papa mesti tak benarkan aku bekerja dekat situ lagi.'

Tasik Putrajaya dituju. Tenang sedikit perasaan Tasya di sini. Tasya sudah peduli orang mahu melihat mukanya yang merah dan sembab asalkan dia dapat menenangkan dirinya daripada mengalirkan air mata. Hanya lebih kurang 15 minit, Tasya kembali tenang.

Tasya kemudian bergerak ke kereta dan ingin pulang ke rumah. Tapi apabila difikir kembali, jalan sudah tentu sesak dalam waktu sebegini. Tasya terus ke masjid dan solat maghrib di di situ. Usai  solat maghrib di masjid putrajaya, Tasya terus pulang ke rumah walaupun lapar. Dia pasti mama dan papa tertunggu di rumah. Tidak pernah Tasya kembali selewat ini.









Pap! Bunyi novel I Love You Stupid karya Melur Jelita terjatuh dari atas meja belajar berjaya mengejutkan Tasya dari lena.

"Ya Allah, rosak la novel ni. Sudahlah aku sayang dekat novel ni." Ujar Tasya sambil menyusap-usap permukaan kulit novel tersebut. 'Gila betul la, kenapa cuai sangat aku ni? Macam mana la boleh letak sayang aku ni dekat hujung meja? Kan sudah jatuh!'

Bebelan Tasya terhenti apabila Iphonenya berbunyi. Hah, cerita tentang Iphone, Mira yang belikan selepas telefon bimbit kesayangannya innalillah.

"Yes, boss? What can I do for you? I think today is Sunday. Tiada urusan pejabat pada hari Ahad." Walaupun Tasya sudah terjaga daripada lenanya, tetapi ngantuknya masih bersisa membuatkan dia mamai.

"Today is Sunday? Kalender mana awak tengok ni? Hari ini hari Isnin! Awak lupa ke mensyuarat yang awak kena pergi hari ni? Tak pasal-pasal saya kena suruh Hendry uruskan." Tegas sekali kata-kata Saiful Naim tapi sayang masih tidak boleh mengejutkan Tasya dari 'lena jaga'nya.

'Apa la mamat ni. Kalau aku salah hari pun tak payah lah sampai nak tengking-tengking bagai. Walaupun dia lelaki, tetapi dia kena tahu bahawasanya jiwa dan raga perempuan ayu seperti aku ni lembut.' Air mata Tasya mula mengalir. Sememangnya Tasya seorang yang manja dan cepat terasa walau hakikat yang sebenar Saiful Naim tidak menengkingnya langsung.

"Eh you ni dah kenapa? Pagi-pagi sudah call I, lepas tu tanpa salam tengking- tengking I pula. Kalau I silap sekali pun, tak boleh ke you tegur baik-baik? You ingat you boss, you boleh marah- marah sesuka hati la? You tak tahu apa sebab I tak datang kerja lepas tu nak marah- marah tak tentu pasal. I nak berhenti kerja! I dah tak tahan nak kerja dengan you!" dengan teresak-esak, Tasya meluahkan rasa ketidakpuas hatinya









Keesokan harinya, Tasya datang ke pejabat seperti biasa. Dia sendiri tidak sedar apa yang terjadi pagi kelmarin. Yang dia tahu, ada seseorang marah-marahnya tetapi tidak pasti di mana. Sebenarnya Tasya mengalami pening kepala kuasa tiga. Oleh kerana itu, Tasya tidak tahu apa yang telah dia lakukan. Sedar- sedar, papa dan mama ada dalam bilik dengan muka risau.

'Mama kata aku tak jaga dari tidur sampai pukul 5 petang? Fuhh, kalau orang tahu, malu aku. Mesti jatuh harga mas kahwin aku.' Tasya terus berjalan menuju ke mejanya dengan ceria.

"Tasya, masuk bilik saya sekarang!" Alah, Saiful ni, aku baru je nak duduk dia dah panggil. Pukul 8 pagi pun belom sudah panggil aku. Mahu atau tidak, Tasya pergi juga ke bilik bos merangkap kekasih dalam diamnya yang juga merangkap kawan sekolahnya. Pintu diketuk dengan semangat. Kalau Saiful Naim tak dengar ketukan Tasya tadi, memang sudah tidak lama lagi arwah la Saiful Naim tu.

Dengan senyuman selebar 60 meter, Tasya masuk ke dalam bilik Saiful. "Tasya, saya minta maaf sebab buat awal rasa kelmarin. Papa awak sudah beritahu saya yang awak tak sihat kelmarin. Maafkan saya ye?" Saiful mengaku memang salahnya memarahi Tasya tanpa usul periksa.

Senyuman lebar Tasya kendur dengan tiba-tiba. "Encik, kelmarin memang saya tak sihat. Saya rasa hari ni encik pula yang tak sihat. Encik minta maaf sebab buat saya terasa? Bila masa encik buat saya terasa? Encik tak sihat kan? Baik encik balik rehat sebelum makin melarat. Lagipun kalau encik balik rehat dekat rumah, kurang sikit kerja saya. Kalau ada encik dekat pejabat, nanti encik suruh saya buatkan kopi. Lepas tu komen tak sedap. Lepas tu suruh buatkan milo pula bla bla bla..."

Tersenyum Saiful mendengar bebelan Tasya. 'Baru sehari tak jumpa Tasya dah rindu dengan mulut chit chat dia ni. Tapi pelik, dia cakap macam dia tak ingat apa yang terjadi kelmarin. Hai, dia siap nangis- nangis, boleh pula cakap aku tak sihat.'

"Encik, wahai Encik Saiful Naim yang agak kacak tapi Dennis Oh saya kacak lagi, saya penat bercakap seorang diri yang encik pula boleh termenung. Dah sampai mana? Saiful in Wonderland! Atau dekat alam chork zone?"

"Chork zone? Apa benda tu?"

"Nampak sangat encik tak pernah tengok cerita tu. Itu kartun, encik. Dekat tv 9 saluran 119. Pukul berapa saya tak pasti sebab dah lama tak tengok." Dengan semangatnya Tasya jelaskan kepada Saiful.

Tergelak besar Saiful dibuatnya. "Awak layan kartun lagi, Tasya?"

"Ya, kalau saya marah saya akan tengok kartun yang lawak dan seronok. Lepas tu redalah marah saya."

Seronok pula layan minah ni. "Jadi, semua kartun dekat tv9, astro Disney XD dan astro Ceria awak layan la?"

"Kalau kartun dekat tv9 banyak yang saya layan daripada tak layan. Tapi kalau dekat astro Ceria dan Disney XD , sikit je yang saya layan."

Sebenarnya banyak soalan yang ingin ditanya kepada Tasya. Tetapi semuanya terpaksa ditangguhkan apabila tiba-tiba Juliana menguak pintu bilik Saiful.

'La, dari mana turunnya minah tak cukup kain ni? Kacau aje. Aku baru nak bergurau senda dengan Saiful. Masa lain tak sempat. Ish, geramnya.' Dalam mengeluh seorang diri, senyuman Tasya masih kekal di bibirnya walaupun palsu semata-mata.

"Jun, I ingatkan you balik esok?"

"I miss you so much, baby. I tak tahan nak tinggal you lama- lama. Tak tahan rindu dekat you." Tanpa menghiraukan Tasya, Juliana terus merangkul leher Saiful dengan manjanya.

'Eh you? Ini ke kawan aku dulu? Saiful Naim yang dulunya dekat sekolah terkenal dengan perangai ustaznya dan sekarang jadi macam ni?' Panas membara hati Tasya.

"Ehemmmmmmmm" hah amekau. Tasya berdehem dengan kuatnya seperti gajah tercekik tulang pontianak. 'Eh, pontianakkan hantu. Hantu ada tulang ke? Lantaklah, mana aku tahu.'

Saiful yang tersedar Tasya masih di dalam biliknya terus meleraikan rangkulan manja Juliana. "You may go now, Tasya."

'Ceh, macam menghalau. Dapat tunang dia terus suruh aku keluar. Saiful, kau memang sudah teruk. Tak sabarnya nak balik rumah jumpa Mira dan cerita pasal perubahan Saiful dekat Mira. Ish, Tasya..sekarang baru mula kerja kau dah fikir nak balik.'

3 comments: