Tuesday, June 4, 2013

Jangan Biarkan Aku Sendiri 5



        "Mira!" Terkejut beruk Dato' Amir dan Datin Isma yang sedang menonton tv di ruang tamu. Mana tidaknya, si Tasya ni masuk rumah terus jerit menyebut nama kakak kembarnya.

"Tasya! Mama ajar anak mama masuk rumah menjerit atau mama ajar masuk rumah kena bagi salam?" 

"Sorry mama. Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarokaaaatuh!" 
Menggeleng sahajalah Dato' Amir dan Datin Isma melihat perangai anak bongsunya.

"Mama, Tasya naik atas dulu ye? Nak jumpa Mira." Selepas itu terus hilang kelibat Tasya. Lari macam kilat. Kalau anak jiran sebelah nampak, maunya kena ketawa. Mengalahkan budak-budak.

"Mira, kau tau tak? Aku tau kau tak tau apa-apa pun. Hah, meh sini aku nak story mory dengan kau."
Seperti biasa, tanpa salam terus diterjahnya bilik Mira. Handbag dan segala mak nenek turus dilemparkan ke sofa yang sememangnya ada di dalam bilik Mira. Kakinya terus berlari mendapatkan Mira yang berada di balkoni bersama lappy kesayangannya itu. Tasya menceritakan daripada peristiwa dia pergi interview sehinggalah kejadian petang tadi.

"Wah, berubah gilos perangai ustaz Saiful kau tu! Agak-agak pengaruh barat kut."
"Tulah, tambah lagi bila tengok pakaian tunang dia tu. Ya ampunn! Seksinya tunang dia tu mengalahkan arwah kura-kura kita dulu." Serta-merta mata Mira berair.

"Weh, ala...touching pula kau pepetang yang nyaman ni. Sorry la. Aku tau kau rindukan arwah. Lagipun arwah pergi sebab salah aku." Penuh kesal Tasya memohon maaf.

Sememangnya Mira sangat sukakan kura-kura. Sewaktu mereka barusia sepuluh tahun, papa belikan Mira sepasang kura-kura. Si Tasya ni pula 'sangatlah' pandai. Kura-kura yang elok berada di dalam kolam mini itu diambil dan letaknya di dalam ketuhar yang sedia panas. Tasya kata kura-kura tu sejuk berada di dalam air. Konon nak panaskan kura-kura tu. Nasib bibik sedar awal dan letakkan kembali ke dalam kolam mini tersebut.

Tak habis dengan cerita ketuhar, si Tasya ni pergi ambil main aci menyorok pulak dah. Dia pergi sorok kura-kura tu bawah tayar kereta papa. Papa pula kebetulan ada meeting petang tu. Maka, berakhirlah riwayat sang kura-kura. Hancus dilenyek kereta.

"Arwah baik orangnya. Err, arwah baik perangainya. Tak pernah buat salah dekat manusia. Manusia saja yang berlaku kejam terhadapnya." 

"Eh Mira, kau macam perli aku je? Itu bila zaman punya cerita la." Tersenyum sahaja Mira mendengarnya. 'Budak ni ada aje perkara nak membela diri sendiri.

"Sudahlah, malas layan kau yang busuk, balik kerja tak mandi terus terpa aku. Pergi mandilah!"

"Kau malas nak layan aku, Mira? How dare you. I'm your own twin tapi macam ni kau cakap kat aku!?"
Dengan muka yang pura-pura sedih, Tasya berjalan perlahan keluar dari bilik Mira sambil menyanyi laju PSY, Gentleman. 'Ish, memang tak kena langsung lagu tu dengan muka pura-pura sedih dia. Sudahlah keluar sehelai sepinggang. Segala handbag dan mak nenek dia tinggal atas sofa tu je? Nanti malam mula la gelabah mencari sana sini.'













"Mummy! Eh silap, umi! Eh taklah, mama! Mana handbag Tasya? Beg kerja Tasya pun tak jumpa. Mama ada nampak tak? Bibik! Ada nampak beg Tasya tak? Papa, masa Tasya balik tadi papa ada nampak Tasya bawa beg tak? Mira, kau ada nampak beg aku tak? Semua benda ada dalam tu." Habis satu rumah mahu dipanggilnya. Nasib pakcik Amzan driver papa tu balik kampung. Kalau tak dengan anak bini pakcik Amzan tu dia seru.

"Tasya, kau ni bisinglah. Kau ingat tak, kau sampai je rumah terus kau terjah bilik aku. So, segala mak nenek kau tu ada dalam bilik aku. Atas sofa. Tulah kau, masuk bilik aku pandai nak angkut semua, tapi bila keluar sehelai sepinggan."

"Sehelai sepinggan?"

"Tersalah dan tersilap! Halah kau ni buat tak tahu jelah. Bukannya kau tak faham pun apa yang aku maksudkan." 'Peka pulak dia ni bila aku tersalah.'

"Tasya, nilah perangai Tasya yang papa risau sangat. Tasya cuai. Sebab tu papa berat hati nak izinkan Tasya kerja dekat tempat lain." Sememangnya perkara itulah yang menyebabkan dia risau untuk melepaskan Tasya pergi jauh. Jika Tasya berada jauh dari matanya, dia akan pastikan Tasya berada bersama orang yang dipercayai dan dalam keadaan selamat. Kerana itulah Tasya dan Mira selalu bersama kemana-mana.

"Alah papa ni. Tasya cuai dekat rumah je. Dekat tempat lain, Tasyalah orang yang paling teliti, peka, dan sama waktu dengannya." Dia nilah, kalau bab bela diri memang nombor satu!















"Indahnya  bila weekend menjelma. Buka tingkap, angin damai yang menyapa wajahku yang mulus." Bunyi seseorang tersedak mematikan bait-bait bicara manis Tasya sebentar tadi.

"Papa! Papa okey?" Dengan cemas Tasya mendapatkan Dato' Amir di meja makan. Digosok belakang badan papanya.

"Papa okey, Tasya. Papa jadi tak okey bila dengar ayat terakhir Tasya tu je."

"Ish papa ni. Buat Tasya risau je."

"Cik Tasya, kalau tak mahu papa tersedak macam tadi, ayat anda tak perlulah over sangat okey? Angin damai menyapa wajahmu yang mulus konon. Haiya!" Naik pening melayan kerenah adik kembarnya seorang ni. 'Adik aku seorang saja pun tapi kerenah beribu.'

"Kau tak puas hati apa dengan aku?" Ditunjuknya muka gengsternya.'Cett, adik kembar aku ni, nampak je gengster tapi manja, cepat terasa, dan kuat merajuk.'

"Eh apa korang ni? Bergaduh depa rezeki." Terus manis muka kedua anak daranya itu. Sememangnya dia tahu anak kembarnya suka bergurau kasar. Sampai kadang-kadang risau juga hati tuanya.

"Papa, mama mana?" Hairan seyh, pepagi mama tak ada dekat meja makan. Selalu mamalah orang yang pertama yang berada di meja makan menyediakan makanan. Kalah bibik.

"Tadi mama kata nak buang sampah. Entah kenapa lama sangat. Hah, tu mamanya. Panjang umur." Datin Isma menuju ke meja makan mendapatkan anak beranak dengan senyuman selebar-lebarnya.

"Tasya, pergi bersiap. Ada orang nak bawa kamu keluar."

"Fuyoo, dasyat kau. Pepagi dah ada orang datang." 

'Eh, yang kau over excited ni kenapa Mira?' "Siapa ma? Lagipun takkan la sekarang? Tasya tak sarapan lagi nih!"

"Pergi jelah."

Tasya pun beredar naik ke kamarnya. 'Siapa la yang datang pagi-pagi ni? Aku menguap pun belum dah ada orang nak angkut aku keluar. Dennis Oh ke? Tapi Dennis Oh tak mesej aku pun kata dia ada kat Malaysia?' Sambil berjalan menuju ke bilik Tasya sempat melayan perasannya.

Buk!  "Hadoihhh! Gila kau pintu. Aku tak ada salah apa-apa dengan kau pun. Yang kau nak berlaga-laga dengan aku ni kenapa? Hish, mau benjol dahi licin aku ni." 





--------------------------iylia, best x anda sdang bradu mmpi ptera raja aku plak brsengkang mata buat ni smata2 utk anda. :D ------------------

Thx sudi baca. sgala typing error tu ignorekan yew. x)