Wednesday, November 14, 2012

Jangan Biarkan Aku Sendiri 1





"Kenapa Saiful?" soal Tasya buntu. Dari jauh melihat Mira sudah merah menyala mukanya.
Nothing happen. Just Aqeem nak luahkan rasa cinta dia dekat Mira. Akhirnya dia luahkan jugak kan?"
"Wow, mesti happy gila gaban kakak saya tu." Tasya turut gembira melihat kakak kembarnya tersenyum gembira.
First plan, saya teman Aqeem  jumpa Mira, dan awak teman Mira jumpa Aqeem. Yelah, takkan nak biarkan diorang berdua je jumpa kan? Maksiat tu." ramah Saiful berbicara.
'Dia ni pun tidak mahu luahkan something dekat aku ke?' Tasya tertanya-tanya sendiri.
"Oh, ok la. Diorang pun dah habis cakap tu, jom." ajak Saiful lalu berjalan ke arah Aqeem dan Mira. Tasya hampa.' Nampaknya aku bertepuk sebelah tangan la. Untung la Mira dia suka sama suka dengan Aqeem. Orang sudah tak nak, jangan cemarkan maruah, Tasya' keluh Tasya









"Papa tak setuju. Tasya, kamu boleh tolong Mira uruskan syarikat kita. Kenapa perlu nak kerja dekat syarikat lain. Kalau kerja dekat syarikat kita, Tasya jugak yang senang. Tak perlu susah payah. Semua orang akan hormati kamu, Tasya." Dato' Amir sangat tidak setuju apabila anak bongsunya bercadang untuk kerja dengan syarikat lain semata-mata untuk cari pengalaman. 
" Betul kata papa tu, Tasya. Kalau kau nak ambil jawatan aku pun aku tak kisah." Mira cuba memujuk adik kembarnya. Dipandang Dato' Amir. Papanya mengangguk sahaja. Mamanya pula menyokong setiap keputusan suaminya.Sememangnya mereka tidak kisah siapa yg menguruskan syarikat kerana anak kembar mereka sememangnya bagus.
"Aku bukan kisah tentang jawatan. Papa, Tasya just nak cari pengalaman. Bila Tasya rasa diri Tasya sudah boleh berdikari, Tasya akan kerja dekat syarikat kita dengan Mira." cuba Tasya lagi. Tasya sememangnya akan mencuba apa pun asalkan apa yang dihendaknya dapat. 
"Kalau itu yang kamu hendak, papa tak boleh buat apa-apa lagi." akhirnya Dato' Amir terpaksa mengalah.
"Kalau perlukan pertolongan apa-apa minta saja daripada aku." Tasya hanya mengangguk.









"Tasya, boleh teman aku pergi shopping tak?" tanya Mira. Mira sememangnya sudah terbiasa keluar ke mana-mana sahaja bersama Tasya.
"Ok jom. Give me live minutes dan aku siap! Tunggu tau." jerit Tasya sambil berlari ke biliknya.

"Kau nak drive ke?" 'Almaklumlah, aku ni malas nak drive. Lain la Mira. Kalau balik kampung, memang dia la driver. Anak sulung katakan.'
"Habis kalau aku tak drive, kau ingat kereta ni akan brgerak sendiri ke? Nak harapkan kau, memang tak sampai la kita." Masak sangat dengan sikap Tasya yang malas bab drive. Ada lesen buat perhiasan saja di dalam dompetnya. 
" Weyh, banyaknya mat Saleh kat sini, Mira. Ini shopping dekat Malaysia atau dah luar negara ni?" Soal Tasya agak teruja. "Kalau snap gambar berlatar belakangkan mat Saleh tu, then upload Twitter mesti diorang akan sangka kita sekarang dekat luar negara." sambung Tasya lagi.
Mira hanya menggeleng melihat telatah adik kembarnya. 'Macam-macam la minah ni. Cara dia macam tidak pernah ke luar negara padahal setiap tahun akan ke rumah nenek di UK. Hurm, sebut saja UK  terus teringatkan Aqeem, Dia kata hendak belajar ke UK tapi tak pernah terserempak pun. Ish, apa la kau ni Mira. UK tu luas.' bebelnya.
"Oit, Mira! Kau ni sudah kenapa? Tetiba mengelamun tengah-tengah orang lalu lalang ni? Kena sampuk eh? Atau sudah terpikat dekat mat Saleh tu?" Hairan melihat kakaknya yang tiba-tiba mengelamun. 'Tengah - tengah orang lalu lalang pun boleh jadi? Dasyat Mira ni'
"Ish kau ni, ke situ pula. Sudah la, jom cari barang. Nanti lambat pula kita balik."
Sebelum balik, Mira mengajak Tasya ke butik yang terdapat di situ. Dalam leka memilih night dress, Tasya terpandang kelibat seorang lelaki yang mirip seperti Saiful Naim. Lelaki itu seperti sudah mahu keluar daripada butik tersebut. Dengan lajunya Tasya mengejar langkah lelaki itu. Apabila sampai di luar butik, keadaan yang agak sesak menyukarkan Tasya mengejar lelaki itu. Akhirnya, lelaki itu hilang jejak. 'Ish mana mamat tu pergi? Aku yakin mamat tu Saiful.' keluh kehampaan Tasya.
"Bertuah punya adik, kau tinggalkan aku dalam butik macam tu saja. Sudahlah jalan macam kilat."
Mira yang dari butik datang mengejutkan adik kembarnya yang sedang bermuka masam itu. 
"Ini kenapa ni? Tetiba saja muka macam tertelan nangka busuk?" soalnya lagi apabila Tasya hanya diam.
" Aku rasa aku nampak Saiful tadi" adu Tasya.
Melihat wajah muram adiknya kembarnya, Mira pantas menukar topic. " Tasya, baju untuk kau interview esok ada ke? Tak nak beli baru?"
"Aku rasa tak payah kut beli baru. Aku pakai yang mana ada saja la. Tak ada mood nak shopping dah. Kau ada hendak beli barang lagi ke? Kalau tak ada jom kita balik." Sebenarnya Mira hendak beli shawl   tadi. Tetapi apabila melihat adiknya yang muram, dia terpaksa membatalkan niatnya itu. 'Lain kali pun boleh beli.'
" Jom la kita balik. Entah- entah papa dan mama sudah risaukan kita."









' Ish, tadi bila ramai orang aku mengeluh. Bila nak sampai dekat aku, aku pulak risau. Macam mana kalau dapat bos garang macam singa? Zaman sekarang ni, kalau dapat jawapan besar saja sudah muda tunjuk lagaklah, garanglah. Kenapalah bila aku buat keputusan dulu aku tidak terfikir semua ni? Nak berdikari sangatkan? Hah sakarang ni, amekau. Aku jugak yang gelabah.' omelan Tasya terhenti apabila seorang perempuan cantik memanggil namanya untuk ditemuduga. 'Eh, my turn? Asal cepat sangat? Tadi aku tengok ada lagi empat orang? Ish, tu la asyik risau sampai tak sedar.' Dengan pantas Tasya mengekori wanita tersebut.
Masuk sahaja dalam bilik, Tasya kembali resah. ' Mama....tiga-tiga lelaki? Aku kena soal jawab dengan lelaki? Ceh, soal jawab. Macam dekat balai polis dah.'
"Have a sit miss?"
"Iylia." sengaja Tasya menukar namanya.
"Oh, have a sit miss Iylia. Nama penuh awak?" hanya dua orang saja yang memandang Tasya. Seorang lagi sibuk penyelak helaian demi helaian dalam file dihadapannya.
"Nama penuh saya Noor Iylia Natasya binti Amir." sememangnya dia datang ke sini bukan dengan identitinya yang sebenar. Dia mahu dilayan seperti orang biasa dan bukannya dilayan seperti anak Dato. Lagipun, jika dia memperkenalkan dirinya sebagai anak dato, mesti banyak soalannya nanti.
'eh, asal dia tanya nama penuh? Kan dah ada dekat form tu?'
Selepas sahaja Tasya memperkenalkan dirinya, lelaki yang sibuk menyemak file tadi terus mengangkat mukanya melihat Tasya. Matanya terpaku pada wajah Tasya. Tasya yang kebetulan memandang wajah lelaki itu pula terkedu apabila melihat wajah lelaki tersebut.
'Dia?'



--brsambung----










No comments:

Post a Comment